Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Melaka Perlu Tambahan Guru

MELAKA : Kerajaan negeri meminta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) memastikan negeri ini...

Peguam Negara Akan Bercuti,...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara, Tan Sri...

“Orang Tengah Sakit Pun...

RAKAMAN video menunjukkan kakitangan National Hospital Surabaya memohon mengakui dan memohon maaf daripada...

Sabri Disukai Kerana Mesra...

SETIU - Lambakan projek pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri...

Israel Bunuh 32 Orang Palestin Sepanjang Oktober

REJIM haram Israel telah membunuh 32 orang warga Palestin – 26 di Semenanjung Gaza dan enam di Tebing Barat – pada bulan Oktober, termasuk enam orang kanak-kanak.

Seramai 2,166 lagi dicederakan di seluruh wilayah Palestin yang ditakluk Zionis.

Angka ini dikeluarkan oleh satu laporan daripada Pusat Kajian Abdullah al-Horani yang bekerjasama dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), lapor Quds Press.

Laporan ini menyebut yang Wisam Shalaldeh yang meninggal dalam tahanan Israel akibat tidak diberikan rawatan sebagai salah seorang warga Palestin yang terkorban bulan lalu.

Laporan ini juga menyebut pihak Zionis masih menyimpan mayat dua warga Palestin dari kawasan Sair, di utara Hebron di Tebing Barat.

Dua mayat ini menjadikan jumlah mayat warga Palestin yang ditahan pihak Israel pada 32.


Menurut laporan itu lagi, 1,916 warga Palestin cedera di Gaza yang dikepung, sementara 250 orang lagi cedera di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Laporan ini juga menyatakan seramai 525 orang lagi ditahan di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza pada bulan Oktober.

Jenayah lain yang dilakukan Israel pada Oktober lalu termasuk pemusnahan 56 kemudahan dan kediaman Palestin, ini termasuk Sekolah al-Tahaddi di pinggir bandar Tubas, selatan Jenin di Tebing Barat. – MEM

Kategori