Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Alyah Akui Kini Bahagia,...

PERNAH diuji dengan pelbagai ujian yang melanda rumah tangganya, namun setelah peredaran waktu penyanyi...

Mahkamah Syariah Wajar Dihormati...

KOTA BHARU - Tindakan hukuman sebat yang dikenakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke...

Gelandangan Ibu Kota Terima...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 300 gelandangan di sekitar ibu kota menerima bungkusan makanan...

Cubaan Seludup Keluar Minuman...

GEORGE TOWN - Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan...

Israel Mula Sasar Pemimpin Kanan Hamas

SEORANG komander Hamas dan lima warga Palestin terbunuh dalam satu operasi Israel di Gaza, kata pegawai kerajaan Palestin.

Serangan mensasarkan pemimpim Hamas ini menandakan permulaan semula dasar Zionis membunuh pemimpin Hamas yang ditakuti.

Tentera Zionis berkata seorang anggota tenteranya terbunuh dan seorang lagi cedera dalam satu operasi oleh pasukan khasnya di Gaza pada Ahad.

Insiden serangan Israel itu berlaku di Khan Younis, di sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Siren amaran serangan roket dibunyikan di selatan Israel dan beberapa roket ditembak oleh Hamas dari Gaza ditembak jatuh.

Perdana menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu menamatkan lawatannya ke Paris bagi mengingati 100 tahun tamatnya Perang Dunia Pertama dan pulang pada petang Ahad.

Seorang jurucakap Hamas berkata serangan tersebut, yang dilakukan oleh pasukan khas Israel yang menyamar, merupakan satu serangan pengecut oleh Israel.

Pemimpin kanan Hamas itu dikenali sebagai Sheikh Nur Barakeh, seorang komander Briged Izzudin al-Qassam di Khan Younis.


Menurut Hamas, pasukan khas Zionis menembak dari sebuah kereta di kedudukan 3km dalam Gaza.

Tembak-menembak kemudian berlaku, dan saksi mengatakan Israel kemudian menyerang kawasan itu dengan bom dari udara.

Tentera Israel mengakui insiden serangan pasukan bersenjatanya itu selepas selesai operasi dan tenteranya kembali.

Pembunuhan pemimpin Hamas melalui operasi seperti ini dijangka bakal menambahkan ketegangan antara kedua-dua pihak Israel dan Hamas.

Israel telah menghentikan amalan pembunuhan seperti ini sejak beberapa tahun lalu.

Sebelum ini, beberapa orang pemimpin tertinggi Hamas dibunuh dalam operasi pembunuhan bersasar Israel, termasuk Syeikh Ahmad Yasin dan Abdul Aziz al-Rantisi. – Agensi

Kategori