Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan...

Debat Piala Tun Razak:...

SEREMBAN - Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan penguatkuasa Jabatan Hal...

Wayne Rooney Kejutkan Manchester...

WAYNE Rooney mengejutkan pasukan lawan, Manchester City apabila meraih gol ke-200 dalam perlawanan...

Pemuda PAS P.Pinang Lapor...

BUKIT MERTAJAM - Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) hari ini membuat...

Isteri Jamery Siga Maut Nahas

LIMBANG – Dua termasuk isteri atlit renang paralimpik negara, Jamery Siga maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 6, berhampiran Kampung Batu Bakarang Tengah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.19 pagi itu, isteri Jamery, Annissa Saksriprapa Nantharat Sunan, 27, dan lelaki warga Slovakia, Jaros, 71, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, kejadian berlaku apabila Toyota Hilux dipandu Annissa bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Kubong menuju ke bandar Limbang.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan Anissa dan Jaros yang berada di bahagian penumpang hadapan maut serta merta di lokasi kejadian.


“Manakala tiga penumpang lain masing-masing seorang lelaki dan dua wanita warga Slovakia berusia antara 51 sehingga 61 tahun parah.

“Mayat mangsa dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Limbang,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Kategori