Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Sindiket Seludup Rokok RM1.4...

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok kontraban (seludup)...

Bekas Pekerja Nur Sajat...

SHAH ALAM - Seorang bekas pekerja usahawan kosmetik, Nur Sajat ditahan bagi membantu...

60 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap...

BN Siap Sedia Ambil...

SANDAKAN - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mengambil alih kerusi Parlimen Sandakan pada...

Isu Kuil: Ada Menteri PH Cetus Provokasi Salah Polis

KESAL… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) agar tidak salah guna kedudukan mereka untuk cetuskan provokasi berkaitan isu agama.

Presiden UMNO itu dalam nada kesal berkata, ada menteri yang bertindak cuba menjadi wira dalam isu rusuhan di sebuah kuil Hindu dan bukannya bertindak segera dalam menyelesaikan permasalahan ini daripada terus buruk.

“Jika portfolio yang dipegang adalah untuk tujuan menunjukkan perpaduan tetapi jangan kedudukan ini dijadikan pula sebagai suatu tempat untuk menunjukkan provokasi kepada penganut agama lain.

“Saya harap keharmonian agama perlu kekal, ikut peraturan dan penguatkuasaan hendaklah dijalankan secara berhemah supaya tidak timbul masalah keharmonian,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional), Senator P. Waytha Moorthy yang bertindak menyalahkan pihak berkuasa berhubung insiden kuil di Subang Jaya, semalam.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sensitiviti agama jangan diletak kepada sesuatu penganut dan kaum sahaja, apatah lagi letak tanggungjawab kesalahan kepada agensi penguatkuasa seperti PRDM.

“Semua pihak perlu patuhi perundangan dan peraturan sedia ada. Dalam waktu sama, semua agama harus hormati satu sama lain. Jangan ada mana-mana pihak rasa seolah-olah wira sesuatu agama,” kata Ketua Pembangkang itu.

Waytha semalam mengeluarkan kenyataan menyalahkan Ketua Polis Daerah Subang Jaya dengan kenyataan yang salah apabila dakwa rusuhan berpunca perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.


Kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu ujar Waytha kononnya menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan.

Bagaimanapun Waytha berkata, pihaknya mahu polis Bukit Aman melaksanakan siasatan penuh dan bebas bagi segera mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan penganut Hindu dan serangan terhadap kuil ‘kontroversi’ tersebut.

“Ketua Polis Negara wajar keluar kenyataan betul insiden ini. Kami kutuk serangan ini. Pihak bertanggungjawab dalam insiden ganas ini perlu ditangkap serta dihukum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sidang media tersebut turut dihadiri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Jelutong, R S Rayer; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • kuil

Kategori