Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Digesa Tampil...

KUALA LUMPUR - Kadar penderma sepanjang Ramadan menurun hampir 40 peratus menyebabkan Pusat Darah Negara (PDN) mengalami kekurangan bekalan darah terutamanya semasa Aidilfitri.Sehubungan itu,...

2 Mayat Ditemui Selepas...

TAIPEI/SEOUL: Taiwan menemui dua mayat selepas sebuah kapal yang membawa enam warga Korea...

8,900 Polis, PVR Perak...

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada...

ANGIN AHMAR: Isteri Mazidul...

PETALING JAYA - Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan beransur pulih dipercayai...

Isu Kuil: SKMM Kumpul Bukti Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengumpul bukti penyebaran maklumat palsu dan menyentuh sensitiviti kaum berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat Subang Jaya untuk diambil tindakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata SKMM sedang memantau rapi maklumat yang disiarkan di media sosial dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati pengguna atau penyebar maklumat tersebut melanggar undang-undang.

“Tentang isu itu ia sedang dikumpul dan akan diberikan kepada saya untuk dilihat secara terperinci dalam masa terdekat, ” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Gobind menasihati pengguna media sosial supaya mengawal perasaan apabila memberi komen tentang kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat Subang Jaya, Isnin lalu.

Beliau berkata setiap rakyat negara ini perlu memainkan peranan bagi memastikan isu itu ditangani dengan sebaik mungkin dan sehubungan itu, mereka perlu lebih berhati-hati apabila memberi komen melalui media sosial bagi mengelak timbul masalah yang tidak diingini.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, kekecohan berlaku di rumah ibadat itu apabila sekumpulan individu merusuh dan mencederakan pengunjung rumah ibadat itu dan pada awal pagi Selasa pula sebuah jentera bomba dirosakkan selain seorang anggota bomba cedera parah dipukul dalam kekecohan berkenaan.


Susulan kejadian itu, sekumpulan perusuh turut merosakkan harta benda di pusat beli-belah One City.

Sementara itu, mengulas pelantikan anggota Lembaga Pengarah baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Gobind berharap ia dapat diumum selewat-lewatnya minggu ini.

“Saya difahamkan terdapat mesyuarat Isnin lalu dan anggota Lembaga Pengarah baharu telah dilantik. Saya diberitahu pelantikan badan penasihat juga telah dibuat, saya akan bertemu pimpinan baharu ini dalam masa terdekat dan muktamadkan untuk diumum minggu ini termasuk ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah,” katanya. – BERNAMA

Kategori