Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

7 Lelaki Ditahan Terbabit...

TAIPING - Tujuh lelaki termasuk remaja 15 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam...

Dipukul Punggung Hingga Berdarah...

Hanya disebabkan tidak membuat kerja rumah yang diberikan dengan baik, seorang murid sekolah...

Banduan Warga Asing Berjaya...

SEORANG banduan warga asing dilaporkan hilang selepas dipercayai berjaya meloloskan diri ketika sedang membuat...

Nasib Baik Ibrahimovic Tak...

KUALA LUMPUR - "Saya jujur dan bukan seorang hipokrit. Saya tidak masuk masjid...

Isu Pendapatan Penoreh Akan Dibangkit Selagi Belanjawan Belum Lulus

ALOR SETAR – Isu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah sejak beberapa bulan lalu, akan dibangkitkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat agar kerajaan pusat mempertimbang semula sejumlah peruntukan khusus untuk golongan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata pihaknya yakin akan ada sedikit ruang untuk mendapatkan peruntukan untuk membantu golongan penoreh kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyebut bahawa akan ada bajet tambahan bagi Belanjawan 2019.

“Bajet belum diluluskan sehingga berakhirnya perbahasan bajet dan kali ini sidang dewan berlangsung selama dua bulan dan dalam tempoh itu banyak perkara akan dibahas termasuk isu ini.

“Bagi pihak Kedah saya dan anggota Parlimen lain akan bangkitkan isu ini, malah negeri-negeri lain yang rakyatnya bergantung kepada hasil getah juga akan buat perkara sama,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata untuk sementara waktu kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan keperluan harian kepada golongan penoreh bagi meringankan beban mereka.

Sementara itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri juga berharap agar peruntukan untuk pelbagai projek menaik taraf bekalan air di negeri ini dapat diluluskan oleh kerajaan pusat.

“Kami dapat peruntukan daripada kerajaan pusat untuk projek-projek bekalan air khususnya untuk membina loji rawatan air (LRA) untuk memastikan tekanan air boleh ditingkatkan…daripada lima projek (LRA), dua projek sudah diluluskan dan kami berharap kerajaan pusat akan luluskan untuk tiga projek lagi kerana ia jadi keperluan Kedah waktu ini yang menghadapi masalah bekalan air.


“Kami memahami kekangan kewangan dihadapi kerajaan pusat dan berterima kasih kerana dua projek masih berjalan dan kami buat secara tender terbuka, tidak lagi anugerah secara langsung seperti diamalkan oleh kerajaan terdahulu dan itu satu pendekatan lebih baik dan menjimatkan,” katanya.

Mukhriz semasa membentangkan belanjawan hari ini memberitahu dalam usaha menangani masalah bekalan air terawat, kerajaan negeri memperuntukkan RM158 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menaik taraf bekalan air melalui pinjaman daripada kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata usaha itu memberi tumpuan kepada dua projek yang diluluskan sebelum ini iaitu Projek Menaik Taraf LRA di Pelubang dan Jenun Baharu.

Katanya tiga lagi projek iaitu Projek Menaik Taraf LRA di Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar akan diteruskan selepas projek Pelubang dan Jenun Baharu selesai. – BERNAMA

Kategori