Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kantoi Menyamun, Gadis Dibelasah...

KANTOI menyamun, seorang gadis teruk dibelasah penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau...

Gesa Sekatan Ekonomi Ke...

KHARTOUM - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menggesa agar sekatan ekonomi...

Terengganu Bakal Wujud TKPM...

Kuala Terengganu : Sebanyak 128 ladang ternakan ayam di negeri ini yang menghasilkan...

JKNJ Nafi Kes Koronavirus...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mengenai kenyataan dan video...

Jabatan Peguam Negara Kendali Kes Kekecohan Kuil

KUALA LUMPUR – Fail berkaitan isu kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Isnin lalu, akan dikendalikan di bawah selian Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata memandangkan keseriusan dan sensitiviti isu berkenaan, Ketua Bahagian Pendakwaan akan memaklumkan kepada beliau dari semasa ke semasa perkembangan kes berkenaan.

“Jabatan ini mengambil maklum bahawa pertikaian yang berlaku timbul susulan suatu keputusan mahkamah dalam prosiding sivil.

“Oleh itu, pihak saya dengan berbesar hati akan bertemu dengan semua peguam yang mewakili pihak-pihak berkaitan untuk menyelesaikan pertikaian mereka di Pejabat Peguam Negara berkenaan dengan ‘charitable trusts’ di bawah Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Thomas berkata jabatan mengambil maklum akan keperluan untuk menyegerakan tindakan dalam menangani situasi-situasi yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan keamanan negara.


Katanya, jabatannya juga akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terlibat dalam rusuhan, tanpa apa-apa pengecualian.

Jabatan Peguam Negara, katanya, telah diberikan taklimat berhubung insiden rusuhan itu oleh pengurusan tertinggi PDRM mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Kategori