Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Gesa Semua Negeri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua negeri...

Faye ‘Buka Mulut’, Jelas...

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa terhadap bekas...

Budak Jaga Tandas Dipukul...

MALANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ini apabila dibelasah hanya kerana caj tandas...

Tip Untuk ‘Anak Bersunat’...

SUDAH menjadi budaya negara ini, mula sahaja musim cuti persekolahan, maka ramailah ibu...

Jangan Guna Jakim Pertahan ICERD – Asyraf Wajdi

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kesal apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipergunakan untuk mempertahankan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Dr. Mujahid Yusoff menggunakan Jakim bagi tujuan itu sedangkan sepatutnya agensi itu ialah benteng mempertahankan kedaulatan Islam.

Asyraf menggesa Mujahid meneliti terlebih dahulu konvensyen tersebut, sebelum “terlajak lebih jauh” mempertahankan konvensyen yang boleh menggugat kedaulatan Islam di Malaysia itu.

“Sebelum YB terlajak dengan lebih jauh, saya sarankan YB Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Agama dan seharusnya mempertahankan Islam meneliti terlebih dahulu kandungan ICERD dan memperhalusi pelbagai cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh badan tertinggi dunia dibawah PBB berkenaan ICERD yang dikenali Jawatankuasa ICERD,” tegas Asyraf.

Menurut Asyraf lagi, Jawatankuasa ICERD sendiri telah memberikan pelbagai cadangan kepada negara-negara Islam yang bertentangan dengan kepentingan Islam demi mematuhi ICERD yang telah diratifikasi.

“Antara desakan jawatankuasa ini termasuklah mengarahkan Arab Saudi menarik-balik pengecualian berkenaan prinsip Syariah, mempertikaikan amalan Indonesia meletakkan status agama dalam kad pengenalan, mempertikaikan status agama anak kepada ibu bapa yang memeluk Islam di Iraq, layanan terhadap penganut Syiah di Bahrain, mempersoalkan undang-undang penghinaan agama di Pakistan dan banyak lagi,” jelasnya.

Cadangan-cadangan ini diberikan dan dituntut dilaksanakan supaya mematuhi sepenuhnya ICERD.


Katanya lagi, usaha mendesak Malaysia menandatangani dan meratifikasi ICERD merupakan perangkap yang akan merugikan Malaysia pada masa depan.

“Sudah terang lagi bersuluh bahawa menggesa Malaysia untuk meratifikasi ICERD adalah seperti menjerat negara kepada acuan antarabangsa yang hakikatnya mampu merobek kedaulatan negara, menghakis kedudukan Islam dan Bumiputera, bahkan tidak sesuai dengan realiti demografi kepelbagaian agama dan kaum yang hidup aman dan harmoni selama ini,” tegasnya.

Beliau mendesak Mujahid agar segera berhenti mempergunakan Jakim bagi tujuan mencapai agenda liberal yang boleh menjejaskan kedudukan Islam itu.

“Justeru, Pemuda UMNO menggesa YB Menteri Dr. Muhahid agar berhenti menggunakan platform Jakim untuk mempertahankan ICERD yang jelas boleh menghakis kedaulatan Islam.

“Amat malang jika Jakim yang selama ini diyakini kewibawaannya mempertahankan kesucian Islam mula dicurigai dan disangsi lantaran sikap menteri yang lebih banyak dilihat menjadi benteng mempertahankan DAP dan golongan liberal dalam Pakatan Harapan,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori