Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia ‘Milik’ DAP Jika...

KUALA LUMPUR - DAP mengingatkan semua pihak bahawa parti itu memegang sebanyak 42...

Exco, Pemuda UMNO Bahagian...

JOHOR BAHRU : Beberapa ketua pemuda UMNO bahagian negeri dijangka diturunkan sebagai calon...

Muhyiddin Hargai Sumbangan Abu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan beliau atas...

Kes Jangkitan Covid-19 Hingga...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, perhimpunan...

Jangan Usik Institusi Diraja, Islam, Bahasa Melayu

SEREMBAN – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar tidak ada pihak yang akan mengganggu Perlembagaan sedia ada termasuk menyentuh agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ahmad Zahid turut menegaskan UMNO menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Jangan usik apa termaktub dalam perlembagaan, jangan usik umat Islam atau sama ratakan Islam dengan agama lain, jangan usik kedaulatan Raja-Raja Melayu, jangan ganggu gugat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Kita bukan mahu jadi perkauman atau ekstremis agama, kita juga tidak minta lebih daripada itu, kita mahu hak-hak yang ada dalam perlembagaan dikekalkan,” katanya dalam ucapan pada majlis Bersama Presiden UMNO di sini, hari ini.

Tambahnya beliau tidak menghalang hak beragama bagi agama-agama lain termasuk hak berbahasa mengikut kaum masing-masing namun tetap akan mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan sedia ada.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri malahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. – BERNAMA

Kategori