Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Serangan Paris Berlaku Depan...

TIGA pelajar dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang mengambil bahagian dalam program pertukaran pelajar...

Video: Stesen Minyak Di...

BAGAIKAN tiada henti dengan musibah, Johor sekali lagi menerima berita buruk apabila sebuah...

Debat Ka Siong, Guan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan beliau...

5 Sekeluarga Ditahan AADK...

BALING - Seorang janda anak satu berusia 21 tahun dan empat anggota keluarga...

Lantik Kaunselor Khas Tangani Bomba Trauma

BACHOK – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengemukakan kertas cadangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mewujudkan pegawai kaunselor khas kepada agensi itu tahun hadapan.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata langkah tersebut dilihat perlu berikutan anggota bomba berdepan pelbagai risiko termasuk trauma ketika bertugas.

“Kaunselor khusus sangat diperlukan bagi menangani dan memulihkan trauma anggota untuk kembali bersemangat dalam menjalankan tugas. Keperluan ini jelas dilihat dalam kes kehilangan enam anggota bomba sebelum ini yang memberi kesan kepada sebahagian besar anggota JBPM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Kursus Asas Pentauliahan Hazmat Siri 2/2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood dan Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman di sini, hari ini.

Kursus diadakan selama tiga minggu bermula 13 Okt itu disertai 29 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari 18 balai bomba di seluruh negara bertujuan melahirkan pegawai yang kompeten.

Pada majlis sama, Abdul Wahab turut menyempurnakan penyampaian anugerah pelatih terbaik selain pemakaian logo Hazmat kepada peserta.


Abdul Wahab berkata cadangan pelantikan kaunselor khas itu telah dibincangkan dan mendapat sokongan daripada KPKT sebagai langkah persediaan pada masa hadapan.

“JBPM akan kemukakan kertas cadangan dalam masa terdekat untuk tindakan susulan KPKT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Sementara itu, katanya semua anggota yang terkesan dengan kehilangan rakan setugas dalam tragedi malang ketika menyelamatkan mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Cyberjaya awal bulan lepas kini dapat berkhidmat seperti biasa selepas menjalani lima sesi kaunseling daripada jabatan dan kaunselor bebas.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan dan semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan padu kepada semua anggota JBPM bagi menghadapi saat sukar itu. – BERNAMA

Kategori