Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

40 Kes Tangkapan Mercun,...

IPOH - Polis Perak merampas mercun dan bunga api bernilai RM39,200 sepanjang Ramadan...

Najib Razak Doa Kesejahteraan...

MENERUSI akaun Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar kesihatan bekas Menteri...

Perjuangan ESSCom Belum Selesai,...

LAHAD DATU - Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul...

Aksi Datuk Menari Goyang...

RAKAMAN video aksi seorang datuk selamba sahaja melakukan 'goyang dumang' pada sebuah majlis...

JBPM KL Kaji Usaha Tingkat Masa Tindak Balas

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur sedang melakukan kajian bagi meningkatkan masa tindak balas pasukan itu supaya dapat tiba lebih pantas di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya menerima kira-kira 85,000 panggilan kebakaran setiap tahun.

“Daripada jumlah itu kira-kira 15 peratus, atau sekitar 8,000 panggilan adalah berkaitan kes kebakaran membabitkan bangunan​​​…jadi lebih cepat ketibaan pasukan bomba, lebih efisien untuk menyelamatkan nyawa,” katanya pada sidang media program Hari Bersama Bomba sempena Hari Kanak-Kanak di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AIG Malaysia Antony Lee dan Pengarah Urusan Osafe Fire Inspection Jayden Cheah.

Sementara itu Mohammad Hamdan berkata masyarakat perlu dilatih dengan ilmu pengetahuan untuk menyelamatkan nyawa dan langkah awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan sebarang musibah lain sementara menunggu bantuan tiba.

Beliau berkata program dengan kerjasama AIG Malaysia hari ini diadakan sebagai satu daripada usaha untuk memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya kanak-kanak yang tinggal berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas mengenai keselamatan kebakaran.

Katanya JBPM turut menempatkan jentera bomba bergerak pada waktu kritikal terutamanya pada musim perayaan di beberapa lokasi berisiko tinggi termasuk KL Sentral, Jalan Masjid India dan Petaling Street bagi memastikan pasukan bomba sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kejadian tidak diingini.


“Pasukan bomba juga melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti banyak berlaku kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata pihaknya akan meneliti hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ‘response time’ dengan lebih berkesan di ibu kota.

“Kemungkinan besar banyak lagi jentera bomba bergerak akan diletakkan di tempat-tempat strategik mengikut keperluan berdasarkan statistik, khususnya pada waktu kritikal, supaya ‘response time’ dapat dikurangkan menjadi tidak lebih 10 minit,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori