Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Khai Bahar Nafi Beli...

PADA mulanya hanya dikenali di aplikasi nyanyian Smule, namun kini nama Khai Bahar...

COVID-19 Boleh Disebar Melalui...

KUALA LUMPUR - Virus SARS-CoV-2 dikenal pasti boleh disebarkan melalui kaedah aerosol, iaitu...

Aktivis LGBT Gesa Siasat...

PERTAHAN... Ketika ramai netizen tempatan kutuk tindakan pasangan lelaki bogel puas 'berjimak' dalam...

Akhirnya White House Respons...

WASHINGTON DC – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama lewat Khamis mula...

JDT Kongsi Langkah Keselamatan Elak Bahaya Petir

JOHOR BAHRU – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini berkongsi langkah-langkah keselamatan ketika bersukan dalam keadaan cuaca kurang baik.

Garis panduan yang dikemukakan oleh doktor kelab JDT, Dr. Abdul Razak Ahmad itu antara lain menjelaskan angin kencang, awan gelap serta hujan gerimis adalah tanda akan berlaku petir.

“Di mana-mana kawasan terbuka mempunyai risiko terkena petir terutama sekali di kawasan lapang seperti padang bola sepak.

“Petir boleh menyebabkan kematian terutama sekali dari kesan terbakar, gangguan saluran darah, degupan jantung terhenti serta renjatan otak,” kata kelab berkenaan di laman Facebook rasminya.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil jika berada di kawasan lapang khususnya sewaktu sedang bersukan dan anda melihat petir serta terdengar guruh di atas langit.

Langkah 1
Segera masuk ke dalam bangunan atau kenderaan jika terdengar bunyi guruh. Petir kebiasaannya akan menyambar sesuatu di kawasan lapang.


Langkah 2
Elakkan aktiviti di tempat terbuka sekurang-kurangnya 30 minit dari petir dan guruh yang terakhir. Pastikan anda masih berada di dalam bangunan atau kenderaan.

Langkah 3
Digalakkan meletakkan alat amaran petir di taman-taman permainan atau stadium. Alat ini akan mengeluarkan bunyi siren sebagai tanda bahaya.

Langkah 4
Jika ada yang terkena petir, individu perlu dibawa ke tempat yang selamat dahulu sebelum dibawa ke hospital untuk dipantau oleh doktor tidak kira sama ada ianya minimal atau sebaliknya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori