Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS: Senjata Mainan Untuk...

Ahmad Fadhli Shaari mempertahankan tindakan pihak sebuah sekolah menggunakan senjata mainan sebagai peralatan...

Selangor Lulus RM3 Juta...

KLANG - Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menambah baik...

Visa, Mastercard Gantung Operasi...

NEW YORK : Penyedia pembayaran melalui kad terbesar di dunia, Visa dan Mastercard...

Mangsa Banjir Di Perak...

TELUK INTAN: Bilangan mangsa banjir di Perak menurun sedikit kepada 108 orang membabitkan...

Jepun, China Dahului Jumlah Kekayaan Bilionair Asia

JEPUN mempunyai jumlah kekayaan terkumpul terbesar di rantau Asia Pasifik, pada nilai AS$7.7 trilion, tetapi hartawan China semakin menghampiri nilai mereka.

Jumlah kekayaan individu bernilai bersih tinggi China meningkat sebanyak 144 peratus antara 2010 dan 2017, mencapai AS$6.5 trilion, menurut laporan terbaharu konsultan Capgemini.

Pertumbuhan di Jepun bagi tempoh yang sama ialah sekitar 87 peratus.

Firma perunding ini mentakrifkan individu bernilai bersih tinggi sebagai mereka yang mempunyai aset yang boleh dilaburkan melebihi AS$1 juta.

Dalam perkembangan terkini, jutawan India semakin meningkat. Jumlah kekayaan golongan kaya India meningkat 22 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, yang terpantas di rantau ini sepanjang tempoh itu, kata Capgemini.

Beberapa negara lain juga menyaksikan peningkatan pantas tahun lalu.

Indonesia menunjukkan peningkatan jumlah kekayaan dipegang individu bernilai tinggi meningkat kepada AS$661 bilion daripada AS$184 bilion pada 2016.


Bagaimanapun Capgemini berkata peningkatan itu mungkin disebabkan kesan pengecualian cukai ada 2016-2017 dan peningkatan ketelusan maklumat.

Hartawan Korea Selatan pula menyaksikan kekayaan mereka meningkat 18 peratus, peningkatan kedua terbesar di Asia Pasifik.

Hong Kong pula mengalami peningkatan ketiga terbesar, pada 16.3 peratus, sebahagian besarnya disebabkan perkembangan pantas pasaran hartanah.

Singapura menduduki tempat keenam, di bawah Thailand dan Taiwan, dengan peningkatan 14 peratus aset pegangan individu bernilai bersih tinggi.

Perkembangan meningkat ini dijangka berterusan. Selepas meningkat dua kali ganda antara 2010 dan 2017 mencapai AS$21.6 trilion, gabungan kekayaan individu bernilai tinggi Asia dijangka meningkat dua kali ganda sekali lagi kepada AS$42 trilion pada 2025, kata Capgemini. – Bloomberg

Kategori