Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sekatan Minyak Sawit Satu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melabelkan Kesatuan Eropah (EU) sebagai...

DAP,PKR Perlu Bersetuju Perlaksanaan...

KOTA BHARU - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersetuju dengan pelaksanaan...

Remaja Maut Rempuh Kereta...

DUNGUN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang...

De Gea Masih ‘Bengang’...

DAVID de Gea bertindak 'menyimpan' tangannya dalam kocek seluar ketika rakan-rakan yang lain...

Jepun Mula Usaha Tubuh Universiti Di Malaysia

TOKYO – Kerajaan Jepun bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh bagi menubuhkan cawangan universiti Jepun di Malaysia, kata Perdana Menteri Shinzo Abe.

“Mengenai permintaan Perdana Menteri Mahathir (Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk pembukaan kampus cawangan universiti di Jepun, kami bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh ke arah merealisasikan idea itu,” katanya semasa sidang akhbar bersama Dr Mahathir di sini Selasa.

Terdahulu, Dr Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri Jepun.

Pada hari Isnin, Dr Mahathir melahirkan harapan untuk melihat universiti Jepun mempunyai cawangan mereka di Malaysia bagi membolehkan pelajar Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan Jepun, tetapi juga untuk mempelajari budaya mereka.

Sementara itu, Abe berkata Jepun tetap komited untuk meneruskan kerjasama dalam Dasar Pandang Ke Timur Malaysia dalam bidang seperti pendidikan, promosi pelaburan, sumber manusia dan pemindahan teknologi. – BERNAMA

Kategori