Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bront Belum Terfikir Untuk...

BUKAN mudah bagi artis Malaysia untuk menembusi industri hiburan antarabangsa, namun ianya bukanlah...

Pakar Seismologi Boleh Bantu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan disyor membangunkan sekumpulan pakar dalam bidang seismologi yang dilatih...

Joy Fail Bubar Pernikahan...

KEPINCANGAN rumah tangga penyanyi kerohanian Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa, kini di...

SST Berjalan Lancar, Aduan...

KULIM - Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini secara...

Jerai Geopark Dimasyhur Geopark Kebangsaan

YAN – Jerai Geopark hari ini dimasyhurkan sebagai Geopark Kebangsaan sempena pertabalan Sultan Kedah Ke-29 Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 22 Oktober lepas.

Pemasyhuran itu disempurnakan Sultan Sallehuddin di kaki Gunung Jerai, Guar Chempedak dekat sini. Turut berangkat ke majlis pemasyhuran itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Turut serta berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah Tan Kok Yew merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Pemasyhuran Jerai Geopark juga hadir pada majlis pemasyhuran berkenaan.

Sementara itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dalam ucapannya berkata bermula dengan kajian pembangunan geopark pada 2016 yang diterajui Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, akhirnya Jerai berjaya diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun lepas setelah berusaha selama 18 bulan.

“Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang juga bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Geopark Kebangsaan sememangnya mengalu-alukan usaha pewujudan geopark di negara kita yang mementingkan pembangunan secara mampan. Perkara ini adalah selaras dengan visi kementerian sebagai ‘Peneraju Pengurusan Air, Tanah dan Sumber Asli Secara Mampan Untuk Kesejahteraan Negara’,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10.7 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) untuk Projek Penilaian Potensi Pembangunan Geopark bagi pengekalan dan pemuliharaan sumber semulajadi negara.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM685,000 telah disalurkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bagi tahun 2017 hingga 2018 bagi pelaksanaan kajian dan penyelidikan yang lengkap dan terperinci dari aspek geologi,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Xavier berkata geopark merupakan satu istilah yang digunakan bagi menerangkan konsep pembangunan lestari yang mementingkan pemuliharaan sumber warisan semula jadi, di samping memartabatkan sejarah dan budaya serta merancakkan kegiatan ekonomi masyarakat setempat.


“Konsep geopark ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2001 di bawah Global Geopark Network (GGN), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya.

Katanya Jerai Geopark yang berkeluasan 800 kilometer persegi dengan merangkumi dua daerah iaitu Yan dan Kuala Muda terpilih untuk pembangunan geopark kerana secara saintifiknya Jerai terletak dalam lingkungan geodiversiti batuan tinggi iaitu Formasi Jerai, Formasi Mahang dan Granit Jerai.

“Formasi Jerai dengan usia batuan selama kira-kira 550 juta tahun berada pada kedudukan tertinggi iaitu 1,217 meter dari aras laut menjadikan Gunung Jerai sangat unik dan mempunyai nilai warisan geologi yang sangat tinggi. Penerombosan Granit Jerai telah membentuk landskap Jerai yang memukau pandangan pengunjung yang melalui lingkungan ini.

“Malah Jerai telah menjadi petunjuk kepada laluan perdagangan sejak zaman kegemilangan tamadun Kedah Tua lagi. Bukti geologi dan arkeologi ini menunjukkan kemajuan industri berasaskan mineral besi di Jerai telah menjadi tumpuan perdagangan dan sumber bekalan besi dunia pada ketika itu.

“Di samping itu, kepelbagaian biologi iaitu kekayaan flora dan fauna dari perbezaan altitude turut melengkapi Jerai sebagai geopark yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai global geopark pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori