SYDNEY – Seorang lelaki maut akibat diserang jerung di kawasan tumpuan pelancong di Great Barrier Reef, yang mana ini merupakan kejadian ketiga dalam tempoh dua bulan.
Pekerja penyelamat berkata, lelaki itu mengalami kecederaan serius di kaki dan tangan dalam serangan yang berlaku tengah hari Isnin di Whitsunday, pulau di Queensland.
Mangsa yang berusia 33 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Serangan itu berlaku kurang dari dua bulan selepas seorang wanita Austarlia dan kanak-kanak perempuan berusia 12 bulan digigit jerung dalam dua kejadian yang tidak sampai 24 jam beza masanya di kawasan yang sama. – AFP