Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 Fakta Berkaitan Pesawat...

1. Pesawat jenis Airbus A320 AirAsia Indonesia QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya...

Kastam Kedah Tahan 15...

ALOR SETAR - Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah menyita sebanyak 81 kenderaan mewah...

Kad Jatuh Punya Pasal…...

GARA-GARA cuba ambil kad parkir yang terjatuh, seorang pemilik Bentley tidak sengaja tertekan...

Lebuh Raya SMART Tawar...

KUALA LUMPUR - Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan...

Jho Low Mengaku Tidak Bersalah Pendakwaan DoJ

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, kekal dengan pengakuan tidak bersalah dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengakuan itu dibuat sebagai maklum balas kepada pendakwaannya bersama dua bekas pegawai bank Goldman Sachs oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) Khamis lalu, yang dimuat naik menerusi kenyataan oleh jurucakapnya dalam laman sesawang www.jho-low.com.

“Seperti dinyatakan dalam pendakwaan, Jho Low tidak memegang jawatan rasmi dalam 1MDB, juga tidak pernah diupah oleh Goldman Sachs, atau Kerajaan Malaysia atau Abu Dhabi.

“Lagipun, tawaran bon yang diperincikan dalam pertuduhan itu dilakukan secara terbuka dan sah dari segi perundangan antara entiti kerajaan serta institusi kewangan yang ditadbir urus dengan baik lagi berpengalaman.

“DoJ secara khusus menyatakan tuduhan dalam pendakwaan itu hanya sekadar dakwaan dan Jho Low dianggap tidak bersalah sehingga dapat dibuktikan sebaliknya.

“Sehubungan itu, Jho Low meminta orang ramai berfikiran terbuka berhubung kes ini sehingga semua bukti dikemukakan, yang dia percaya akan membebaskannya daripada tuduhan,” katanya.

Khamis lalu, kenyataan dikeluarkan DoJ, menyebut Jho Low dan seorang lagi, Roger Ng, didakwa di Mahkamah Persekutuan di Timur New York, atas konspirasi jenayah ‘mencuri’ jutaan wang daripada 1MDB.

DoJ dalam kenyataan turut menyebut, Jho Low dan Ng turut didakwa kerana melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan membayar kepada ‘orang ketiga’ dalam kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi.

“Dalam sebahagian daripada tiga pendakwaan, Ng dituduh melanggar FCPA dengan menceroboh kawalan dalaman perbankan di institusi kewangan terbesar di New York, di mana dipercayai lebih AS$6 billion (RM24 bilion) dalam bentuk bon diberikan kepada 1MDB.

“Bon itu dikeluarkan tiga kali pada 2012 dan 2014, ketika Ng masih bekerja di institut kewangan itu sebagai pengarah urusan .

“Ng ditahan pagi Khamis lalu (waktu Malaysia), di bawah waran tangkap oleh AS manakala Jho Low masih bebas,” katanya.


Mahkamah Persekutuan turut mendakwa bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner, atas pelbagai tuduhan jenayah berkaitan skandal 1MDB.

Leissner didapati bersalah atau dua pertuduhan, merancang konspirasi dan melanggar FCPA ke atas institusi kewangan itu ketika beliau masih bekerja.

Mengikut kertas pertuduhan, mahkamah mengarahkan Leissner membayar penalti, AS$43.7 juta (RM174.8 juta) atas kesalahan jenayahnya.

Tuduhan itu didakwa dilakukan antara 2009 dan 2014, ketika 1MDB mencari dana untuk projeknya. Wang berbilion dolar didapati hilang dan ditipu daripada 1MDB, termasuk dana yang dikumpulkan pada 2012 dan 2013, menerusi tiga transaksi bon daripada Goldman Sachs.

Sehubungan itu, Jho Low, Ng, Leissner dan mereka yang terbabit dituduh terbabit merancang konspirasi untuk menyalurkan wang kepada kerajaan Malaysia, termasuk 1MDB dan Abu Dhabi serta perjanjian perniagaan untuk Goldman Sachs pada 2012 dan 2013.

Mereka turut dituduh merancang jenayah wang ke atas sistem kewangan AS dengan membeli, antara lain, aset mewah dan bangunan kediaman di bandar New York dan beberapa rumah lelong di lokasi lain, serta menaja filem Hollywood.

Jho Low didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pegawai tinggi kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi yang terbabit tuduhan, termasuk mereka yang masih tidak dinamakan, Malaysian Official #1 (MO1). – BH ONLINE

Kategori