“… ORANG Malaysia yang hendak sangat undang-undang Islam, please la (dipersilakan) pindah ke Brunei,” demikian kenyataan biadab disuarakan Presiden Trans-men of Malaysia, Dorian Wilde.
Menurut portal tempatan Menara.My, kenyataan kurang ajar tersebut dimuatkan menerusi akaun media sosial Twitter milik beliau, sekali gus terima kecaman ramai netizen tempatan kerana berbaur angkuh dan keterlaluan.
Mengulas lebih lanjut, Dorian dalam nada sinis malah menambah, rakyat Malaysia terutama umat Islam yang mahu undang-undang syariah ini boleh digantikan dengan rakyat Brunei yang tidak mahu patuh undang-undang Islam.
“Kita boleh tukar dengan rakyat Brunei yang tidak mahu undang-undang Islam.” Kenyataan itu jelas membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang tidak mengutamakan hukum syariah berbanding Barisan Nasional (BN).
Untuk rekod, golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) merupakan penyokong kuat PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, bahkan menentang keras BN kerana didakwa tindas kelompok pengamal seks terkutuk itu.
Brunei dipencilkan Barat sejak tahun 2014 hasil agenda jahat gerakan Zionis antarabangsa, ekoran Sultan Hassanal Bolkiah bertegas laksana Hukum Hudud, Qisas dan Takzir dalam undang-undang jenayah negara kecil tersebut.
Baca: Brunei Perkasa Sistem Beraja, Daulat Islam
Negara terkecil di pulau Borneo itu malah terap ideologi negara sebagai Melayu Islam Beraja sejak 1984 dengan wajib semua murid dapat pendidikan Islam sejajar imej ‘Negara Zikir’ dan capai hasrat Wawasan Brunei 2035.
Menyifatkan sistem undang-undang Islam sebagai tidak adil kepada golongan minoriti terutama transgender atau pondan, Dorian dengan celupar turut mempersoalkan keperluan wujud sistem perundangan syariah di Malaysia.
“Terlalu banyak sistem Islam yang perlu dibayar. Seseorang perlu merasa hairan, adakah sistem ini diperlukan rakyat? Mengapa sistem sivil sahaja tidak boleh dirujuk kepada semua orang tanpa kira agama?” soal beliau.
Malah dakwa Dorian lagi, pelaksanaan sistem perundangan syariah konon hanya menghabiskan banyak duit negara untuk kerja bina mahkamah khas serta bayar gaji bulanan kepada ramai hakim dan pihak pendakwaan terbabit.
“Access to justice in the Syariah system is appalling. It’s also using up the country’s money.” (Pelaksanaan keadilan dalam sistem syariah itu adalah amat mengerikan. Ia juga banyak menggunakan peruntukan wang negara kita.)
Mengaku sebagai rakyat yang peduli terhadap negaranya, ketua pondan itu mendakwa bahawa dia ada hak untuk menyatakan tentang perkara ini: “I sibuk kerana I peduli tentang negara I dan rakyatnya.” – Agensi/Mynewshub.TV