Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DBKL Nafi Tular Promosi...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang...

Ganjaran Menanti Pemain, Penyokong...

ALOR SETAR - Ganjaran menarik bakal menanti pemain dan penyokong skuad Lang Merah...

Eden Terima RM16.7 Juta...

KUALA LUMPUR - Eden Inc Bhd. mengesahkan telah menerima pampasan bernilai RM16.71 juta...

Bekas Pegawai Najib Minta...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun...

Jin Wei Mara Ke Suku Akhir Masters Korea

KUALA LUMPUR – Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlangnya untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Korea 2018, di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Jin Wei, pemain pilihan ketujuh kejohanan menewaskan pemain China, Zhang Yiman 21-16 dan 21-15 dalam perlawanan pusingan kedua acara perseorangan wanita di Stadium Universiti Wanita Gwangju, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven melakukan kejutan besar dalam pertandingan yang menawarkan hadiah US$250,000 (RM1.046 juta), apabila menewaskan pemain pilihan kelima Khosit Phetpradab dari Thailand, 21-11 and 21-11.

Seorang lagi pemain negara, Lee Zii Jia juga menempah tempat ke suku akhir dengan menyingkirkan pemain Taiwan Yang Chih Chieh, 21-18 dan 21-15.

Malaysia tidak menghantar sebarang wakil beregu wanita dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300.

Keputusan Pusingan Kedua:

Perseorangan Lelaki:

Soong Joo Ven mn [5] Khosit Phetpradab (THA) 21-11, 21-11
Lee Zii Jia mn Yang Chih Chieh (TPE) 21-18, 21-15

Beregu Lelaki:


Huang Kaixiang-Wang Zekang (CHN) mn [3] Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-17, 21-16
[6] Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik mn Jung Jae Wook-Kim Hwi Tae (KOR) 21-17, 21-19
Kim Sa Rang-Tan Boon Heong (KOR/MAS) mn Mohamad Arif Ab Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub 21-19, 22-24, 21-17
Choi Solgyu-Seo Seung Jae (KOR) mn Chen Tang Jie-Man Wei Chong 21-11, 21-19

Perseorangan Wanita:

[7] Goh Jin Wei bt Zhang Yiman (CHN) 21-16, 21-15

Beregu Campuran:

Tseng Min Hao-Lin Jhih Yun (TPE) mn Mohamad Arif Ab Latif-Rusydina Antardayu Riodingin (MAS/INA) 21-15, 19-21, 21-17
Choi Solgyu-Shin Seung Chan (KOR) mn [3] Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 21-19, 21-11 – BERNAMA

Kategori