Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kaki Kanak-Kanak 7 Tahun...

TAIPING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan sakit selama hampir...

2 Suspek Militan Mati...

PATTANI – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kumpulan militan...

Mayat Seorang Lelaki Dijumpai...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat seorang lelaki terapung...

Dollah Kecewa Keputusan Kad...

KANGAR - Biarpun berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim...

Johari Abdul Tahan Sebak Sentuh Isu Subsidi

KUALA LUMPUR – Perbahasan anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang Dewan Rakyat hari ini diselubungi emosi ketika beliau mengetengahkan isu pemberian subsidi kepada golongan petani dan menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan semula pengurangan subsidi itu.

Katanya, isu itu amat dekat di hatinya dan beliau sangat terkesan dengan lawatannya ke beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini apabila berpeluang mendekati dan melihat sendiri kesusahan yang dilalui golongan petani dan penanam lada hitam di situ.

“Petani-petani ini bekerja amat, …Tuan Speaker, ia amat teruk… ia amat teruk,” katanya sambil menahan sebak semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar.

Terdahulu, Johari yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan melahirkan rasa terkejut terhadap pengurangan peruntukan subsidi kepada golongan itu seperti dalam pembentangan Belanjawan 2019 kerana ia disifatkan boleh menjejaskan kehidupan golongan berkenaan.

“Saya agak terkilan kerana subsidi baja padi untuk tahun hadapan dipotong sebanyak 50 peratus. Jika subsidi dipotong, sebagai anak petani saya amat yakin produktiviti kita juga pada tahun hadapan akan terpotong sebanyak 50 peratus.


“Saya berharapkan kerajaan melihat balik untuk memberikan subsidi ini kepada mereka. Tolong, jika potong jugai (subsidi) amat teruk,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dilaporkan berkata biarpun terdapat pengurangan peruntukan, pihaknya hanya akan melaksanakan subsidi bersasar kepada golongan itu bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima subsidi berkenaan. – BERNAMA

Kategori