Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

NASA Terbitkan Gambar Panorama...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menerbitkan paparan panorama...

Nik Abduh Umum Barisan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan barisan kepimpinannya hari ini...

Wanita Jadikan Plasentanya Sebagai...

'KEMBANG tekak' apabila melihat wanita ini menjadikan plasenta sebagai air dan diberikan kepada...

DAP Minta Ramasamy Jelaskan...

KUALA LUMPUR - DAP hari ini meminta supaya Timbalan Ketua Menteri II Pulau...

Jordan Tegas Putus Tamat Perjanjian Dengan Israel

JORDAN akan berdepan krisis diplomatik dengan negara Zionis Israel ekoran tindakan negara Arab itu menamatkan satu perjanjian antara kedua-dua negara.

Jordan telah mengisytiharkan yang ia tidak akan memperbaharui satu perjanjian dengan Israel yang telah membenarkan negara Zionis itu menggunakan tanah Jordan untuk pertanian.

Israel telah menyatakan rancangan untuk menyekat dan mengurangkan bekalan air kepada Jordan ekoran keputusan itu, yang menamatkan akses Isral kepada tanah pertanian yang luas.

Perjanjian tahun 1944 itu membenarkan Israel menggunakan 405 hektar tanah Jordan di sempadan selatan kedua-dua negara. Perjanjian ini akan berakhir pada 10 November.

Jordan sudah membuat pemberitahuan rasmi kepada Israel menyatakan ia tidak berminat memperbaharui perjanjian berusia 25 tahun itu.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata Amman masih menunggu respons dari Israel untuk memulakan rundingan sebelum perjanjian itu dibatalkan.

Perdana Menteri rejim Zionis Benjamin Netanyahu berkata Israel mahu tempoh penggunaan tanah itu dilanjutkan.


Raja Abdullah telah menyatakan pendirian tegas Jordan yang enggan berundur daripada ketetapan asal tidak memperbaharui perjanjian itu.

“Kami telah memaklumkan Israel bahawa perjanjian berhubung al-Baqura dan al-Ghumar itu akan berakhir. Al-Baqura dan al-Ghumar sentiasa menjadi keutamaan saya,” kata Raja Abdullah ketika mengumumkan pendiriannya berhubung perjanjian itu.

Tindakan ini dijangka akan diterima baik oleh rakyat Jordan yang kurang senang dengan hubungan Jordan-Israel.

Kumpulan Islamis yang sentiasa menjadikan hubungan Jordan dengan Israel sebagai isu utama juga dijangka gembira dengan keputusan ini. – Agensi

Kategori