Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ingat Titah Agong Jangan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut baik titah Yang...

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu yang...

Ahmad Razif & Azizulhasni...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara,...

Suspek Dibayar Cuma AS$100...

KUALA LUMPUR - Salah seorang suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong-un...

JPN Kelantan Sedia 15 Pusat Peperiksaan Gantian

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menetapkan 15 pusat peperiksaan gantian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Timbalan Pengarah JPN Kelantan, Abdullah Mat berkata langkah tersebut diambil selepas pihaknya mengenal pasti 62 pusat peperiksaan SPM dan STPM tahun ini adalah lokasi yang berisiko ditenggelami banjir.

“Pusat peperiksaan gantian itu termasuk sepuluh buah sekolah di Kota Bharu, dua di Pasir Mas, masing-masing sebuah di Tumpat, Jeli dan Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN Kelantan, Mohd Amin Yusof dan Pengetua SMK Ketereh, Mohd Zin Halim.

Katanya keputusan itu dicapai pada mesyuarat Ops Payung yang diadakan pada 21 Oktober lepas yang melibatkan pelbagai agensi penyelamat di negeri ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata kerjasama strategik itu dibentuk bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada menduduki kedua-dua peperiksaan itu.


“JPN juga akan memastikan pelajar terkesan banjir ditempatkan di asrama berdekatan dengan pusat peperiksaan bagi memastikan mereka dapat menjawab soalan dengan tenang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata peperiksaan hari pertama SPM di Kelantan hari ini berjalan dengan lancar berikutan cuaca yang agak baik dan tiada tanda banjir akan berlaku.

Katanya seramai 29,818 calon SPM dan 14,793 calon STPM dari negeri ini akan menduduki peperiksaan tersebut tahun ini. – BERNAMA

Kategori