Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Video Suami Hargai Isteri...

MENIMANG cahaya mata pertama pastinya memberi seribu kenangan terindah yang tidak akan dilupakan...

PM Ingatkan Semua Anggota...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet...

4 Negeri Hujan Sepanjang...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca sempena sambutan...

Arab Saudi Timbus 2,450...

RIYADH : Arab Saudi menimbus 2,450 telaga terbiar di seluruh negara itu, sebagai...

Jualan Proton Berkembang 12.6% Dalam Oktober

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd merekodkan pertumbuhan jualan kereta sebanyak 12.6 peratus dalam Oktober berikutan penyelarasan pasaran pada September, selepas pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Walaupun, bahagian pasaran mencatatkan pengucupan pada Oktober, pembuat kereta itu telah menjual 5,093 unit kereta, peningkatan sebanyak 569 unit berbanding dengan bulan sebelumnya.

“Jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi untuk 2018, di luar tempoh lonjakan jualan pada Jun hingga September, semasa harga menikmati pelupusan cukai barangan dan perkhidmatan.

“Dengan pelancaran Proton X70 yang ditunggu ramai, yang dijangka pada hujung tahun ini, model-model kereta Proton telah menerima tarikan semula daripada orang ramai,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bahagian pasaran Proton sebagai peratusan daripada jumlah keseluruhan pada bulan lepas adalah dianggarkan sebanyak 10.7 peratus, sejajar dengan angka purata bagi tahun ini, katanya. – BERNAMA

Kategori