Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hawk 108: Kampung Yak...

KEMAMAN - Satu lokasi kira-kira dua kilometer dari tempat dua mayat juruterbang pesawat...

APMM Gagalkan Cubaan Seludup...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat menggagalkan...

Jho Low ‘Masuk’ Ke...

AHLI perniagaan yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Low Taek Jho atau...

IS Tembak Jatuh Pesawat...

KUMPULAN Penentang Negara Islam (IS) menembak jatuh sebuah pesawat Syria yang melancarkan serangan...

Juruterbang Brazil Peluk Islam Ketika Pesawat Lalu Ruang Udara Makkah

KATA orang, hidayah datang dalam pelbagai cara.

Menerusi satu video tular, seorang juruterbang warga Brazil dirakam sedang mengucap kalimah syahadah dalam sebuah penerbangan, baru-baru ini.

Dia yang lengkap berpakaian seragam juruterbang berada di ruang kokpit sebelum memeluk Islam sewaktu pesawat berada pada ketinggian 5,500 kaki.

Lebih manis, detik itu dikatakan berlaku sewaktu pesawat mereka sedang melewati ruang udara Makkah.

Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki yang memberi tunjuk ajar kepada juruterbang berkenaan ketika dia melafazkan kalimah suci tersebut.

“Kita berada di sini bersama Amalo, juruterbang dari Brazil.


“Dia akan mengucapkan kalimah syahadah dalam penerbangan kami yang menuju ke Taluka,” ujar lelaki yang merakam video berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku semasa penerbangan mereka melalui ruang udara Arab Saudi, berhampiran Makkah.- Daily Star/mStar Online

Kategori