Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peminat Fanatik Tangkap Nafas...

KALAU dah fanatik sangat tu.. apa-apa pun boleh jadi.Itu yang terjadi terhadap dua...

Wow… Kucing Pun Dah...

JIKA disebut tentang fesyen sudah pasti dalam fikiran kita baju yang cantik, menarik...

OKU Didakwa Cuba Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Peserta Teruja Dalami Budaya...

SERDANG - Peserta dari luar negara teruja dapat bersama-sama menimba ilmu mengenai budaya...

Juruterbang JAL Mabuk Teruk Di London

TOKYO – Juruterbang Japan Airlines yang ditangkap di Britain sejurus sebelum melakukan penerbangan kerana mabuk menunjukkan tahap alkohol dalam darah 10 kali lebih tinggi berbanding had dibenarkan, kata polis London.

Kejadian berlaku sehari selepas satu lagi syarikat penerbangan Jepun meminta maaf kerana beberapa siri penangguhan selepas juruterbang mabuk, jatuh sakit.

Eksekutif JAL memberitahu wartawan di Jepun bahawa pembantu juruterbang bebas ujian pernafasan tetapi menimbulkan curiga pemandu bas yang membawanya ke pesawat di Lapangan Terbang Heathrow Ahad lalu.

Pembantu juruterbang, dikenali sebagai Jitsukawa, 42, ditahan polis Britain dan diarah menjalani ujian darah yang mengesahkan keputusan.

Beliau dilaporkan meminum dua botol wain dan lebih 1.8 liter bir dalam masa enam jam pada malam sebelum penerbangan.


“Kami yakin ujian pernafasan tidak dilakukan dengan sempurna,” kata ketua komunikasi JAL, Muneaki Kitahara.

Jurucakap polis London memberitahu ujian ke atas pembantu juruterbang yang diambil 50 minit sebelum jadual pelepasan pesawat menunjukkan 189 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah dalam sistem badannya, iaitu hampir 10 kali had 20 miligram yang dibenarkan bagi juruterbang. — AFP/BH ONLINE

Kategori