Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pertimbangkan Semula SOP Kempen...

KULAI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Suruhanjaya Pilihan...

Penyeragaman Maklumat Saluran Bantuan...

KOTA BHARU - Kerajaan akan memastikan penyeragaman maklumat lebih tersusun dalam penyaluran bantuan...

Wanita Maut Lepas Disumbat...

KEJAM Seorang ibu kepada dua anak meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas perutnya...

Sempena ‘Musim Kahwin’.. Kompilasi...

SETIAP tahun, Disember adalah bulan yang menyaksikan banyak pasangan naik pelamin memandangkan terdapat...

Kabinet Belum Bincang Ratifikasi ICERD – TPM

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kabinet belum membincangkan secara terperinci proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Namun begitu, beliau memberi jaminan isu tersebut akan dibincangkan di Kabinet.

“Perkara itu belum dibincangkan secara terperinci dalam Kabinet. Kami akan bincangkan (selepas ini),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kebimbangan berhubung cadangan meratifikasikan ICERD yang akan menghakis hak istimewa orang Islam dan kepentingan Melayu.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditemui permberita selepas menghadiri majlis penutupan Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di sini, hari ini.

Semalam, dianggarkan lebih 1,500 orang berkumpul di sekitar pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di ibu kota bagi membantah pengiktirafan ICERD di Malaysia.

Pada 26 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.


Namun pada 31 Okt, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifikasi ICERD.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata parti itu mahu siasatan dilakukan terhadap dakwaan calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli yang beliau diserang ketika proses pemilihan Cabang Keningau, Sabah pada Sabtu lepas.

“Kami mahu siasatan dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Kategori