Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 20 Rumah Di...

JERLUN - Lebih 20 rumah di beberapa kampung di Ayer Hitam dekat sini...

PKR Umum Lima Calon...

JOHOR BAHRU : Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, antara lima...

Digelar Datuk, Ada Yang...

SERAMAI empat orang selebriti tempatan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah...

Pekerja wajib Tingkat Mutu...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap pekerja...

Kadar Kelahiran Global Tidak Sekata

PARIS – Peningkatan kelahiran di negara-negara membangun mencetuskan fenomena ledakan bayi global, manakala wanita di berpuluh-puluh negara kaya kurang melahirkan anak bagi mengekalkan tahap populasi di sana, demikian menurut satu kajian semalam.

Dalam kajiannya, Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian (IHME) menggunakan lebih 8,000 sumber data termasuk 600 data baharu bagi merangka penilaian paling terperinci mengenai subjek kesihatan awam global.

Menurut IHME, walaupun populasi dunia melambung daripada 2.6 bilion pada 1950 kepada 7.6 bilion tahun lalu, pertumbuhan itu tidak sekata dan berpandukan kepada rantau serta pendapatan.

“Sebanyak 91 negara, kebanyakannya di Eropah dan Amerika Utara serta Selatan, tidak menghasilkan cukup anak untuk mengekalkan tahap populasi sedia ada,” demikian menurut kajian tersebut.

Sementara di Afrika dan Asia pula, kadar kesuburan terus meningkat dengan purata wanita di Niger melahirkan tujuh orang anak sepanjang hayatnya.

Profesor bidang Sains Metrik Kesihatan di IHME, Ali Mokkad berkata, faktor paling utama dalam menentukan pertumbuhan populasi adalah pendidikan.

“Lebih tinggi pendidikan seorang wanita, lebih lama dia menghabiskan masa di sekolah (institusi pengajian tinggi). Justeru, dia menangguhkan kehamilannya dan akan memiliki tidak ramai anak,” kata Ali.


Menurut kajian tersebut, Cyprus merupakan negara paling tidak subur di dunia dengan purata wanitanya melahirkan seorang anak sepanjang hidup mereka.

Berbeza pula, wanita di Mali, Chad dan Afghanistan secara purata melahirkan lebih daripada enam orang anak.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal perubatan, Lancet. – AFP/BH ONLINE

Kategori