Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tinggi Akan Dengar...

PUTRAJAYA - Pemandu teksi yang didakwa menghantar suspek pembunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia...

2 Beradik Mati Lemas...

DUA beradik dipercayai mati lemas ketika khemah yang dipasang jatuh ke dalam kolam...

Mahkamah Tolak Saman Lucut...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini...

Chailwala Kacak Selepas ‘Makeover’,...

PAKISTAN - Masih ingat lagi kepada penjual teh (chaiwala) kacak yang bermata biru...

Kanada Edar Wang Tampil Wanita Kulit Hitam Pertama

TORONTO – Minggu depan, Kanada akan mengedarkan wang kertas $10 menampilkan wajah seorang wanita kulit hitam yang mencabar langkah pengasingan kaum dan pencabulan hak asasi manusia di negara Amerika Utara itu, yang kini berusaha gigih untuk menghentikan perkara itu, atau jika tidak, menghalangnya daripada berlaku.

Wang kertas baharu itu mengungkap kisah Viola Desmond, seorang wanita kulit hitam yang berjaya dan cantik, serta pernah dipaksa bangun daripada tempat duduknya dalam sebuah panggung wayang di New Glasgow, Nova Scotia sebelum dihumban ke dalam penjara dan didenda kerana berada di tempat yang dikhaskan untuk orang kulit putih sahaja.

Viola bukan hanya menjadi orang kulit hitam pertama menghiasi wang kertas Kanada malah merupakan tokoh bukan diraja pertama yang diberi penghormatan berbuat demikian dalam kedudukan menegak not $10 itu, yang bakal diedar sebagai wang sah.

Mata wang Kanada adalah dalam bentuk wang kertas $5, $20, $50 dan $100 dengan $1 dan $2 dalam bentuk syiling, masing-masing disebut sebagai loonie dan toonie.

Turut ditampilkan secara ketara pada wang kertas baharu itu ialah Seksyen 15 Piagam Hak-Hak dan Kebebasan Kanada yang menyatakan “Setiap individu adalah sama di sisi undang-undang dan mempunyai hak untuk perlindungan yang sama serta faedah yang setara kepada undang-undang tanpa diskriminasi.”

Dalam insiden di panggung wayang, Viola enggan meninggalkan bahagian yang dikhaskan untuk kulit putih sahaja pada 8 November 1946.

Menariknya, ia berlaku hampir sedekad sebelum insiden Rosa Parks enggan menyerahkan tempat duduknya dalam sebuah bas yang mengamalkan pengasingan kaum di Alabama.

Kongres Amerika Syarikat telah menggelar Rosa sebagai “wanita pertama bagi hak-hak sivil” dan “ibu pergerakan kebebasan.”


Wilayah Atlantik Nova Scotia telah memohon maaf kepada Viola selepas kematiannya.​​​​​​​ Beliau meninggal dunia pada 1965.

Wang kertas baharu itu turut mengandungi peta bahagian paling utara Halifax, ibu kota Nova Scotia yang bersejarah dan merupakan tempat tinggal tertua komuniti kulit hitam di Kanada.

Dalam satu bancian pada 2016, populasi kulit hitam Kanada berjumlah 1,198,540 juta orang iaitu 3.5 peratus daripada penduduk negara itu.

Mata wang kertas $10 itu telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kewangan, Bill Morneau dan Gabenor Bank Kanada, Stephen Poloz pada 8 Mac, yang merupakan Hari Wanita Antarabangsa, selepas Viola dipilih berikutan satu pencalonan terbuka.

Wanda Robson, saudara perempuan Viola berkata beliau bangga kakaknya telah dipilih sebagai wajah baharu yang menghiasi wang kertas 10 dolar Kanada itu.

Diterjemah dan disunting oleh Sabarina Baharom – BERNAMA

Kategori