Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sokong Husam Jadi MB...

SHAH ALAM - Kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya Datuk Husam...

Siasat Menyeluruh Pembunuhan Kevin...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menggesa pihak polis untuk menyiasat secara terperinci...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada 38 orang...

Kes Buli SMK Bandar...

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan sudah menyelesaikan kes buli dan samseng yang didakwa...

Budak 2 Tahun Lemas Terjatuh Ke Dalam Perigi

PEKAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di belakang rumahnya di Kampung Baru Cenderawasih, Sungai Miang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Nur Raudah Janatul Husna Sabri dikatakan keluar melalui pintu dapur sebelum terjatuh ke dalam perigi tanpa dinding yang terletak kira-kira tiga meter dari pintu dapur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan DSP Mohd Zaidi Mat Zin, berkata ketika kejadian ibu bapa mangsa keluarga berniaga di bandar Pekan pada pukul 7 pagi.

“Menurut kenyataan daripada bapa mangsa, Sabri Ismail, 40, mangsa ditinggalkan di rumah bersama empat adik beradiknya yang lain.

“Kehilangan mangsa bagaimanapun tidak disedari empat kakaknya yang berusia 14, 12, sembilan dan empat tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata ketika sampai di rumah selepas siap berniaga pada pukul 1 tengah hari, bapa mangsa ternampak anak bongsunya itu terapung dalam keadaan terlungkup di dalam perigi tersebut ketika hendak masuk ke rumah melalui pintu belakang.


“Dia kemudiannya meminta bantuan jiran untuk mengeluarkan mangsa sebelum bergegas ke Hospital Pekan, namun disahkan telah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan di badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan unsur jenayah. Keluarga mangsa juga enggan membenarkan mangsa dibedah siasat,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Kategori