Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Orang Sudah Beri...

PASUKAN Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan lima individu bagi...

Kemuliaan Hati Zamani –...

Orang kata... kalau kita memaafkan seseorang yang berbuat salah kepada kita, air muka...

Beri Peluang Bakat Muda...

KOTA BHARU - Pihak berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi...

Suami Pukul Isteri Di...

SEORANG lelaki dirakam memukul isterinya di khalayak ramai sambil disaksikan oleh anak perempuannya...

Keadaan Sekitar Kuil, Menara MCT Tenang

SUBANG JAYA – Keadaan tenang dan terkawal di sekitar kuil Sri Maha Mariamman dan Menara MCT yang menempatkan pejabat pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) di USJ 25, Putra Heights di sini, setakat jam 9 pagi ini.

Tinjauan mendapati, jalan sesak kerana penduduk setempat keluar ke tempat kerja masing-masing sementara beberapa pegawai polis kelihatan tenang mengawal situasi di bawah jejambat berhampiran.

Keadaan juga seperti hari-hari biasa, malah tiada langsung individu yang mungkin terbabit dalam perhimpunan pada malam sebelumnya, berada di lokasi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata seramai 500 anggota polis ditugaskan untuk mengawal situasi di pekarangan kuil berkenaan.

Anggota daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Cawangan Khas ditugaskan untuk memantau keadaan di kuil terbabit.

Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.


Setakat ini, seramai 30 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan.

Polis sedang menyiasat dan mencari dalang sebenar yang mencetuskan kekecohan di kuil berkenaan. – BH ONLINE

Kategori