Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Grab Bergabung Dengan Uber...

KUALA LUMPUR – Penggabungan antara Grab dan Uber di Asia Tenggara dijangka dapat...

Adam Berjaya Makan 3.17...

ADAM Moran, bukan calang-calang orang. Dia boleh makan 20 keping penkek hanya dalam...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Keadaan Politik Selangor Membimbangkan...

KUALA LUMPUR - "Perkembangan politik di Selangor sangat membimbangkan," kata bekas Menteri Besar,...

Kecoh Pejabat Akhbar Straits Times Dapat Pek Aneh

MISTERI… Bungkusan pelik yang dihantar ke pejabat akhbar The Straits Times (ST) semalam tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Pihak SCDF menerusi catatan dalam laman sosial Facebook rasminya menyatakan ia dimaklumkan mengenai sekeping sampul surat yang agak mencurigakan dan menurut ST dikirimkan dari luar negara ke bilik beritanya.

Sampul pos berkenaan didapati beralamat kepada “The Straights Times” yang mungkin sengaja disilapkan ejaannya dan hanya mengandungi beberapa helai muka surat kertas dengan isi kandungannya pula adalah kurang jelas.

“Sejurus selepas tiba di tempat kejadian, para pegawai SCDF terpaksa dikerah mengepung kawasan itu dan meletakkan sampul surat tersebut di dalam sebuah bekas tertutup,” menurut SCDF pada sekitar 7.30 malam.

Pakar-pakar Hazmat SCDF menjalankan beberapa ujian terhadap sampul surat itu, dan tiada sebarang bahan berbahaya dikesan. Bilik berita ST terletak dalam bangunan induk Singapore Press Holding (SPH) di Toa Payoh.

SCDF menambah bahawa pihaknya sudah melakukan langkah penghapusan kecemaran di pejabat ST iaitu lokasi asal sampul surat itu mula dibuka dan kawasan-kawasan yang berhampiran sebagai langkah pencegahan susulan.

Pihak pasukan polis Singapura (SPF) yang turut dimaklumkan mengenai kes aneh itu pada pukul 4.20 petang, mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai sengaja cetus kebimbangan dan sedang siasat motif kes nadir itu.


Setakat ini tidak jelas apa punca bungkusan tersebut dihantar. ST merupakan akhbar prokerajaan Singapura dan dimiliki SPH yang juga syarikat milik pemerintah kerana republik itu tidak benar media cetak lain diterbitkan.

Jurucakap ST sebelum ini melaporkan bahawa tiga kakitangannya berasa pening setelah sentuh surat tersebut. Mereka sudahpun diperiksa oleh seorang pegawai paramedik dan didapati masih berada dalam keadaan sihat.

Menurut Editor ST, Warren Fernandez, pihak SCDF juga mengarahkan mereka segera mandi dan tukar pakaian. Bahan yang agak curiga itu juga sudah diserah kepada SPF untuk analisis forensik. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori