Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Remaja 14 Tahun &...

PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek...

Peminat, Selebriti Bollywood Beri...

NEW DELHI - Peminat dan selebriti Bollywood pada Rabu memberi penghormatan terakhir kepada...

Gerakan Persoal Keperluan Tubuh...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang hari mempersoalkan keperluan kerajaan negeri pimpinan DAP...

Nahas DUKE: “Tangkap Orang...

SAYU mendengar permintaan anak sulung mangsa kemalangan di Lebuhraya Duke, meminta agar pihak...

Kekecohan Di Kuil Bukan Isu Kaum – KPN

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas polis membendung kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, yang menyaksikan 17 lelaki ditahan dalam tempoh kurang 24 jam, meredakan suasana tegang dalam kalangan masyarakat.

Penjelasan polis bahawa insiden kekecohan di kuil berkenaan tiada kena-mengena dengan perbalahan perkauman melegakan seluruh masyarakat majmuk Malaysia kerana ia sebenarnya menjurus kepada isu pemindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil.

Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini 17 lelaki warga tempatan ditahan untuk membantu siasatan kejadian yang berlaku 2.30 pagi Isnin, sehingga menyebabkan 18 kereta dan dua motosikal di sekitar kawasan kuil itu dibakar.

Daripada 17 yang ditahan itu, enam daripada mereka mengalami kecederaan dan seorang anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya turut cedera ketika cuba meleraikan kekecohan.

“Ini bukan isu perkauman, saya menasihatkan pemimpin politik dan pihak tertentu agar lebih bertanggungjawab dan berhati-hati buat kenyataan agar tidak memburukkan lagi keadaan,” kata Mohamad Fuzi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini malam ini, sejurus tiba dari Dubai.

Ekoran kejadian itu, 29 laporan polis dibuat setakat petang semalam.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai agar tidak melakukan sebarang tindakan termasuk mengeluarkan kenyataan yang boleh membakar sentimen perkauman sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Ekoran daripada insiden itu juga, empat menteri dan seorang timbalan menteri dalam satu kenyataan bersama mahu polis melaksanakan siasatan penuh dan bebas bagi mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan dan serangan terhadap kuil tersebut.

Pada 28 September lepas, satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lepas.


Bagaimanapun, pada 25 Oktober kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan.

Individu terbabit mahu kuil berkenaan yang didakwa dibina pada 1891 diselamatkan berdasarkan merit agama dan sejarah.

Pada 31 Oktober lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau berkata dalam Penghakiman Persetujuan bertarikh 11 Mac 2014, empat pihak terlibat bersetuju memindahkan kuil itu dan menyerahkan kembali tapak kuil dalam keadaan kosong kepada pemilik tanah.

Empat pihak terlibat dalam penghakiman berkenaan ialah kerajaan negeri; pemilik tapak kuil berkenaan, One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil berkenaan, K. Chellappa dan M. Nagaraju.

Chellappa memfailkan bantahan terhadap usaha One City mengambil tapak kuil berkenaan pada 1996.

Dalam penghakiman persetujuan itu, One City bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil manakala kerajaan negeri menyerahkan tanah kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil untuk tujuan pemindahan kuil berkenaan. – BERNAMA

Kategori