Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Keputusan Mengenai Velodorm...

KUALA LUMPUR – Anggota Lembaga Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Datuk Amarjit Singh...

Penunggang Motosikal Maut, 2...

KLUANG – Seorang penunggang maut manakala dua rakannya cedera parah selepas sebuah kereta...

FINAS Sasar Filem Malaysia...

Walaupun pernah menghantar dua pencalonan ke anugerah berprestij dunia perfileman, Oscar, namun sehingga...

Jangan Gunakan Alasan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tempoh penamatan...

Kelantan Belum Terima Sebarang Bayaran Royalti Minyak

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan masih belum menjelaskan sebarang bayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berjanji akan menyelesaikan bayaran itu sebelum akhir tahun ini.

“Kita dimaklumkan Terengganu telah mendapat bayaran royalti gas dan minyak mereka, bagaimanapun setakat ini Kelantan masih belum menerima sebarang bayaran. Kita akan tunggu sehingga akhir bulan ini seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat kewangan negara Julai lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung royalti minyak kepada Kelantan selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang Biasa’ di majlis tersebut.

Beliau berkata kerajaan persekutuan bagaimanapun tidak memberitahu jumlah bayaran royalti yang akan disalurkan kepada Kelantan setakat ini.


“Kerajaan tidak beritahu akan bayar berapa tetapi tunggakan semua sekali sejak 1992 adalah berjumlah RM14.9 bilion,” katanya.​​​​​​​

Semalam kerajaan Terengganu dalam pembentangan belanjawannya memaklumkan telah menerima RM300 juta dari hasil royalti gas dan minyak negeri itu daripada kerajaan persekutuan dan menjangkakan akan menerima baki bayaran antara RM400 juta hingga RM500 juta lagi sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu Mohd Amar berkata kerajaan negeri menyambut baik peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi pembinaan 190 rumah mampu milik di Kelantan tahun hadapan.

Namun katanya jumlah itu perlu ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan penduduk negeri ini. – BERNAMA

Kategori