Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kena Saman Sebab Tampal...

GAMBAR sepucuk 'surat cinta' seorang pemandu yang didakwa telah melakukan kesalahan menampal sesuatu...

DAP Hormat Keputusan PKR...

BENTONG - DAP menghormati keputusan PKR mengosongkan satu kerusi Parlimen pada minggu hadapan...

Lelaki Didakwa Pukul Suspek...

KOTA BHARU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Kosmo! Kini Akhbar Melayu...

KUALA LUMPUR – Di sebalik kejatuhan semua akhbar harian di Malaysia, Kosmo! yang...

Kelantan Perlu Dana Untuk Operasi

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Subang Wong Chen mahu kerajaan pusat menyalurkan dana kepada kerajaan negeri Kelantan bagi tujuan pengoperasian di negeri itu.

Meskipun berada di blok kerajaan, anggota Parlimen PKR berkenaan berkata kekurangan dana di Kelantan akan memudaratkan kebajikan rakyat negeri itu.

“Saya akan cuba sedaya upaya menasihati YB Bagan (Menteri Kewangan Lim Guan Eng) bahawa isu Kelantan ini penting.

“Kalau kerajaan Kelantan tidak cukup dana untuk operasi, kerajaan Kelantan akan terdesak, akan jual tanah, jual lombong, jual balak, potong kebajikan rakyat Kelantan dan ini akan memudaratkan alam sekitar dan kebajikan rakyat di negeri itu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Wong berkata bagi tujuan itu juga kerajaan pusat boleh meminta wang yang disalurkan kepada kerajaan negeri Kelantan dipantau dengan baik berdasarkan mekanisme yang tepat supaya wang tersebut tidak digunakan untuk perbelanjaan tidak penting.


“Saya duduk lama di KL (Kuala Lumpur) tapi kampung saya tetap Kota Bharu. YB Bagan kawan baik saya, kita bekerjasama untuk Pakatan Harapan tetapi Kelantan adalah kampung saya, jadi saya minta kawan-kawan saya dari sini (kerajaan) dan sana (pembangkang) janganlah berbalah.

Menyentuh mengenai program Bantuan Sara Hidup, Wong berkata program baharu itu lebih fokus kerana pengagihan bantuan wang lebih tersasar.

Beliau turut mencadangkan supaya penjimatan RM1 bilion yang diperoleh daripada pemansuhan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kebajikan golongan asnaf. – BERNAMA

Kategori