Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2 Tebusan Indonesia Diselamat...

MANILA - Dua warga Indonesia yang dijadikan tebusan oleh militan Abu Sayyaf di...

3 Beradik Meninggal Dalam...

JAKARTA - Bukan seorang, tetapi tiga anak dalam sebuah keluarga besar di Makassar,...

Belanda Paling Ramai Penduduk...

SETIAP orang mengimpikan mempunyai tubuh badan yang tinggi dan lampai.Tapi tahukah anda negara...

3 Anak Baru Lahir...

PARIS - Seorang ibu lingkungan usia 50-an mengaku bersalah membunuh tiga orang anaknya...

Keluasan Hutan Simpan Kekal Bertambah

KUALA LUMPUR – Keluasan hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia bertambah kepada 4,811,226 hektar sehingga 31 Dis 2017, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata jumlah itu meliputi 36.42 peratus daripada keluasan 13,209,065 hektar tanah di Semenanjung.

Beliau berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 23,968 hektar atau 0.5 peratus daripada jumlah keluasan hutan simpan kekal bagi tahun 2008.

“Ini menunjukkan bahawa pengurusan hutan secara berkekalan diamalkan di Semenanjung pada masa ini tidak mengakibatkan kemerosotan hutan. Kemerosotan hutan yang berlaku adalah disebabkan penukaran guna tanah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) yang inhin tahu keluasan projek tanaman semula hutan besar-besaran yang akan dilaksanakan badan bukan kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) serta sama ada ia bermakna sistem pengurusan hutan yang diguna pakai selama ini telah mengakibatkan kemerosotan hutan asli.

Tengku Zulpuri berkata pihak kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan penanaman semula yang dikemukakan TRCRC.


Beliau berkata cadangan penanaman semula itu bukan bermakna kemerosotan hutan asli telah berlaku, sebaliknya ia bertujuan memulihkan hutan terosot seperti kawasan diteroka, terbakar, ribut dan kawasan bekas lombong.

Dalam pada itu, Tengku Zulpuri berkata kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perhutanan tahun depan bagi menambah baik aspek pengurusan hutan kerana kuasa mutlak bidang pentadbiran hutan ketika ini tertakluk di bawah kerajaan negeri. – BERNAMA

Kategori