Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

BN Capai Kerusi Mencukupi...

MELAKA : Barisan Nasional (BN) setakat ini memperoleh kerusi mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 15...

“Zamani Buat Saya Yakin...

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani...

Wanita Mengandung Maut Dipatuk...

TRAGEDI menimpa seorang wanita yang sedang hamil apabila dia dipatuk ular, hingga maut....

Bekas Isteri Dipengaruhi Percaya...

SUSULAN perbicaraan kes tuntutan harta anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud...

Jimat RM36 Juta Tidak Sertai ‘Desert Eagle’ Di UAE

BANGKOK – Kementerian Pertahanan telah menjimatkan sejumlah RM36 juta apabila anggota tentera Malaysia tidak lagi terlibat dalam latihan ketenteraan ‘Desert Eagle’ di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, tindakan Malaysia menarik balik tenteranya yang ditempatkan di Arab Saudi sejak 2015 juga telah menjimatkan perbelanjaan kementerian, tetapi beliau tidak mendedahkan jumlahnya.

“Kita akan hanya tumpu penghantaran tentera (Malaysia) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Kalau bertembung antara negara, kita akan cuba elak (penghantaran tentera), hanya di bawah PBB,” katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini.

Malaysia menempatkan anggota tenteranya di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman, yang sedang berhadapan dengan konflik.

Negara, menurut Mohamad, boleh memainkan peranan untuk mencari penyelesaian di Yaman yang disifatkannya kini berada dalam keadaan yang mendatangkan bencana, menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dianggotai 57 buah negara.

Beliau berada di Bangkok selama dua hari bermula Selasa untuk lawatan pengenalan selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan beberapa bulan lepas.

Semalam, Mohamad melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha serta timbalannya, Jen Prawit Wongsuwon yang merupakan Menteri Pertahanan negara itu.

Beliau pulang ke ibu negara malam tadi selepas menghadiri majlis makan malam rasmi.

Menurut Menteri Pertahanan, penghantaran tentera Malaysia ke Bangladesh yang melibatkan anggota perubatan pula adalah untuk menguruskan hospital medan, dalam usaha kemanusiaan untuk membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman di Myanmar.


Beliau menegaskan tindakan negara menghentikan penglibatan tentera Malaysia pada latihan ketenteraan di UAE serta penarikan anggota tentera di Arab Saudi tidak memberikan kesan terhadap hubungan diplomatiknya dengan kedua-dua negara itu.

Malah Malaysia katanya, akan meningkatkan lagi hubungan dengan kedua-dua negara itu meliputi pelbagai bidang lain seperti pelajaran, kesihatan dan latihan bersama tetapi “bukan penghantaran tentera untuk terlibat dengan peperangan.”

“Soal hubungan dengan Arab Saudi akan diteruskan, sama seperti dengan Qatar, Iran, Iraq dan Syria. Semua kita hendak berkawan,” menurut beliau.

Menteri Pertahanan itu berkata, Malaysia amat berbangga dengan ASEAN dianggotai 10 negara yang berbeza bangsa dan agama, tetapi boleh bermesyuarat serta berbincang tanpa sebarang masalah.

Ia, katanya, berlainan di kalangan negara-negara Arab yang menggunakan satu bahasa dan menganuti satu agama tetapi “saling berperang.”

“Itu yang saya rasa semua pihak kena insaflah, apa yang berlaku di Timur Tengah dan cari jalan penyelesaian melalui meja rundingan. Selama saya menjadi Menteri Pertahanan, itu yang saya tonjolkan (penyelesaian menerusi rundingan),” katanya. – BERNAMA

Kategori