Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Diugut Bunuh, Cuba...

Swansea - Seorang wanita dihujani dengan ancaman keganasan terutama daripada pencinta haiwan apabila...

Keputusan Kejohanan Memanah Kebangsaan

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan hari terakhir Kejohanan Memanah Kebangsaan (Sirkit 1) di...

Petronas Terus Jadi Syarikat...

PETRONAS terus menjadi syarikat terbaik dari tahun lepas dalam senarai Syarikat Terbaik LinkedIn...

Pelajar Perempuan Maut Motosikal...

SEREMBAN - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima, maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit...

Kenapa Hingga 1,000 Hilang Dalam Kebakaran California

JUMLAH orang hilang dalam kebakaran di California telah mencecah 1,200 orang menurut laporan terkini.

Peningkatan mendadak ini menimbulkan kekeliruan ramai.

Jumlah kematian sebanyak 76 nyawa sudah mencapai rekod negeri, lalu timbul persoalan mungkinkah angka kematian boleh mencapai jumlah hilang itu.

Pihak berkuasa Daerah Butte yang paling teruk dilanda kebakaran mengakui hal ini amat kompleks.

Jumlah hilang mencapai 1,000 orang pada Jumaat, dan jumlah ini disifatkan sebagai dinamik oleh Sherif Kory Honea.

“Maklumat yang saya berikan ini ialah data mentah dan mungkin ada nama yang bertindih.”

Menurut pihak berkuasa, angka ini ditetapkan berdasarkan laporan daripada panggilan telefon, laporan dan emel sejak kebakaran bermula pada 8 November.

Api merebak pantas dan ada yang melaporkan mempunyai masa hanya beberapa minit untuk mengumpulkan ahli keluarga dan kemudian melarikan diri melalui jalan yang sesak.


Akibat dahsyatnya kebakaran, masa sehingga berminggu diperlukan untuk beratus pakar dan anjing pengesan mencari mangsa yang telah hangus.

Terdapat beberapa kesilapan dilakukan pihak berkuasa seperti menyenaraikan lima orang berusia 119 tahun, lapor akhbar New York Times.

Akhbar itu juga melaporkan ada nama dalam senarai yang dapat dicari melalui media sosial dan didapati selamat.

Keputusan mendedahkan senarai nama itu dipertahankan pihak berkuasa, kerana mahu nama terbabit segera diketahui.

Masalah komunikasi menambah kesukaran mengenal pasti siapa yang hilang, kerana kebakaran turut memusnahkan talian komunikasi di banyak tempat. – BBC

Kategori