ANEH… Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini adil ke tidak? Hairan juga kenapa bekas menteri dan pemimpin dari kalangan MCA, MIC dan Gerakan seorang pun tidak didakwa.
Mana mungkin satu tuduhan pun tidak boleh direka untuk dakwa pemimpin parti berkenaan. Kenapakah UMNO sahaja? Ironi, berbelas-belas dan berpuluh-puluh tuduhan dapat direka untuk mendakwa ramai pemimpin UMNO.
Lagi pun bukan payah sangat. Maklumlah… Dakwa dulu, siasat kemudian! Jawapannya mudah. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang suruh. Beliau hanya mahu memusnahkan UMNO dan minta mereka sertai serpihannya, PPBM.
Ini sebenarnya untuk Mahathir dapat menyelamatkan kelangsungan hidup PPBM sendiri yang entah apa-apa. Pada dia, setakat parti MCA, MIC dan Gerakan langsung bukanlah ancaman kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen ketiga-tiga parti itu tinggal seorang, dua sahaja di Dewan Rakyat. Dan bukan boleh dibawa masuk ke dalam PPBM pun. Mungkin pada Mahathir, tiga parti komponan BN itu akan ‘mampus’ sendiri tidak lama lagi.
Tetapi UMNO mengancam beliau. Beliau geram kerana ahli akar umbi UMNO tidak goyang sedikit pun. Pada beliau, MCA, MIC dan Gerakan itu tiada hal punya. Justeru, beliau akan kejar UMNO sampai ke lubang cacing.
Mohd Puad Zarkashi
17.11.2018