Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

OKU Miliki Suara Persis...

MESKIPUN mengalami kecacatan penglihatan, namun wanita orang kelainan upaya (OKU) ini memiliki kelebihan...

Nelayan, Pembantu Kedai Makan...

Taiping : Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di...

Jamal Teruskan Operasi Resort...

SUNGAI BESAR - Pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal...

Polis Kenal Pasti Identiti...

Petaling Jaya : Polis sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati...

Kenderaan Bawa Tengku Adnan Ke Mahkamah KL

PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 1.25 tengah hari ini.

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Anggota Parlimen Putrajaya itu diiringi kereta peronda dan motosikal polis dikatakan menuju ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tengku Adnan bakal menghadapi pertuduhan bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2.30 petang ini.

Semalam, Tengku Adnan ditahan di ibu pejabat SPRM di sini berhubung siasatan kes penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tengku Adnan baru-baru ini dilaporkan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah milik DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Kategori