Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Krisis MB Selangor: Ketua...

PETALING JAYA – Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof menafikan menandatangani...

HFMD: 4 Sekolah, Prasekolah...

SEREMBAN - Kesemua prasekolah dan sekolah, masing-masing sebuah serta dua tadika di negeri...

Kerajaan Negeri Catu Peruntukan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada...

Ibu ‘Perasan’ Muda, Berpakaian...

SEORANG wanita yang muncul di kaca televisyen untuk menunjukkan bahawa dia seiras anak...

Kerajaan Digesa Segera Larang Plastik Sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan untuk mempercepatkan larangan penggunaan plastik sekali guna dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini dan bukan menunggu sehingga tahun 2030.

Anggota Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata larangan penggunaan plastik tersebut telah dibuktikan berjaya oleh Kenya, sebuah negara membangun yang mengharamkan pembuatan, penjualan dan penggunaan plastik.

“Sesiapa yang menggunakan plastik akan dihukum. Setahun selepas (larangan) tersebut dilaksanakan, sistem saliran menjadi lebih bersih, rantaian makanan kurang dicemari oleh sisa plastik, sampah sarap pun berjaya dikurangkan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar, di Dewan Rakyat. hari ini.

Tambah Charles, walaupun dasar ini dikritik kerana menjejaskan sektor perniagaan dan mengakibatkan penggangguran tapi ia hanyalah impak dalam jangka masa pendek.

Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. – BERNAMA

Kategori