Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Caruman Wajib KWSP Kembali...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh pembayaran caruman wajib...

Siapa Lim Wei Jiet...

"Inilah Lim Wei Jiet, calon Parti MUDA untuk DUN Tenang. He is one...

Harga Minyak Lonjak AS$40...

HARGA minyak mentah global meningkat 5 peratus pada 7 Mac susulan kenaikan harga...

Letak Calon MCA Bagi...

KUALA LUMPUR - Tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin MCA sebagai calon bagi...

NS Batal Hasrat Ambil Alih Hospital Mawar Seremban

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan batal cadangan untuk ambil alih Hospital Mawar Seremban (HMS) menerusi Menteri Besar Diperbadankan (MBI) setelah pihak HMS sendiri memberikan bebarapa syarat tambahan yang tidak mampu ditunaikan oleh MBI.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata memang pada mulanya kerajaan negeri, menerusi MBI, bercadang untuk mengambil alih HMS dengan tujuan untuk menyelamatkan hospital tersebut.

Tetapi, katanya persetujuan awal itu telah diubah oleh pihak HMS sendiri dengan memberikan beberapa syarat tambahan yang MBI sendiri tidak mampu untuk menunaikannya.

“Jadi, kita hantar surat kepada HMS mengenai perkara itu kerana kita tidak mampu untuk mengambil alih hospital tersebut, jadi perkara tersebut telah berpanjangan.

“Pada peringkat awal itu kita telah diarahkan untuk mengambil alih dan kita setuju. Tetapi apabila ada syarat tambahan, kita tidak mampu dan kita serah balik kepada pihak HMS. Lepas itu kita tidak lihat perkembangan tersebut dan akhirnya telah ditarik balik syarat hospital tersebut oleh Kementerian Kesihatan dan kita tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kementerian Kesihatan yang telah memberikan hospital itu tempoh dua bulan untuk menyusun isu pelesenan selepas peletakan jawatan para pakarnya.


Sebelum itu, kerajaan negeri melalui MBI bercadang untuk mengambil alih pengurusan hospital itu dan Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) sebagai sebuah hospital rakyat milik penuh kerajaan negeri.

Aminuddin berkata pembatalan untuk mengambil alih HMS itu dibuat setelah mengkaji pelbagai sudut dan implikasinya kepada kerajaan negeri.

“Ini kerana apabila ada tambahan syarat itu, kita bimbang menggunakan dana rakyat. Kalau peringkat awal itu, kita telah kenal pasti bahawa kita akan mampu dapat pulihkan HWS ketika itu, tapi apabila ada tambahan syarat itu, kita bimbang bahawa kita tidak mampu selesaikan masalah tersebut dan akhirnya kita pula yang akan gagal. Itu permasalahan yang kita ambil kira dalam pelaburan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori