Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sedih Anak Didera, Ibu...

BIARPUN pernah menjadi mangsa kekejaman rumah tangga yang dahsyat, seorang wanita mengambil langkah...

Wanita Perlu Kuasai Aspek...

IPOH - Golongan wanita perlu menguasai aspek digital bersesuaian dengan Revolusi Industri 4.0...

Bekas Timbalan Ketua Menteri...

KUCHING - Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan bekas Presiden Parti Rakyat Bersatu...

Venezuela Tahan ‘Pengintip’ AS...

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, berkata kerajaannya menahan beberapa rakyat Amerika Syarikat,...

Kerajaan Perlu Tegas Beri Jaminan Tidak Ratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR – Kerajaan boleh menghentikan polemik mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya secara tegas memberikan jaminan kepada rakyat bahawa Malaysia tidak akan meneruskan hasrat menegasah atau meratifikasikannya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya dengan jelas dan tegas menyatakan pendirian menolak ratifikasi ICERD kerana pelbagai peruntukan dibawahnya jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan beliau bahawa ratifikasi dan perlaksanaan ICERD memerlukan majoriti dua pertiga ahli Parlimen untuk membolehkan Perlembagaan dipinda seolah-olah berdolak-dalih bahawa kerajaan masih ingin meneruskan hasrat meratifikasi ICERD sebelum Mac 2019 apatah lagi ia terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

“Memberikan alasan bahawa ICERD tidak boleh dilaksanakan kerana ketika ini kerajaan tiada majoriti dua pertiga di Parlimen hanya menjelaskan niat kerajaan masih ingin meneruskan usaha mengesahkannya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya lagi, ketiadaan dua pertiga bukan alasan ICERD tidak boleh dilaksanakan jika kerajaan meratifikasikannya sekarang.

“Kita harus belajar pengalaman banyak negara termasuk Singapura yang telahpun meratifikasi ICERD dan melaksanakannya walaupun tidak meminda bahkan jelas bertentangan dengan Perkara 152 (2) Perlembagaan Singapura berkenaan dengan keistimewaan Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.


“Senario di Singapura adalah seiring dengan apa yang pernah dibentangkan oleh Pensyarah Undang-undang, National University of Singapore, Prof. Andrew Harding di Universiti Sunway pada 3 September lalu yang membicarakan tajuk “Merubah Perlembagaan tanpa perlu Meminda Perlembagaan: Prospek Malaysia Baharu”,” katanya.

Sementara itu, jelas Asyraf Wajdi, Pergerakan Pemuda UMNO terus menggesa kerajaan Pakatan Harapan dengan tegas menarik balik hasrat untuk meratifikasi ICERD kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apa keperluan ICERD sedangkan sepanjang 61 tahun di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, Malaysia tetap stabil dan harmoni tanpa meratifikasi ICERD,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori