Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Positif COVID-19

SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan positif COVID-19.Beliau yang juga...

Keluarga Pengantin Perlu Sepakat...

KOTA BHARU - Keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga...

Warisan Fail Petisyen Cabar...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah...

Penyata GST 12 PBT...

SEPANG - Kastam Diraja Malaysia mendedahkan sebanyak 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di...

Kerajaan PH Mahu Sarawak Setara Semenanjung

SIBU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Sarawak sebuah negeri yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber yang potensinya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan rakyatnya.

“Inilah yang kami (kerajaan PH) mahu untuk Sarawak. Inilah apa yang kami janjikan… kami mahukan perubahan dan keadilan untuk semua,” katanya pada majlis makan malam bersama rakyat bersempena lawatan sulungnya di negeri ini sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri, di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, Anggota Parlimen (MP) Julau Larry Sng, MP Miri Dr Michael Teo, MP Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan MP Lubok Antu Jugah Muyang.

Dr Wan Azizah, yang sebelum itu melawat sebuah rumah panjang dan menghadiri taklimat tentang perkembangan tanaman lada hitam di Julau, Sarikei, berkata walaupun Sarawak agak ketinggalan dari segi kemajuan, beliau kagum dengan rakyatnya yang rajin dan mempunyai kawasan tanah subur yang luas untuk diusahakan.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan menyediakan infrastruktur perlu dan kemudahan asas termasuk jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

Katanya kementerian beliau juga akan bekerjasama rapat dengan pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi kelemahan dalam inisiatif E-Kasih bagi penerima yang layak di Sarawak, termasuk menyediakan peruntukan.


Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mahu anggota parti yang menang dalam pemilihan parti untuk tidak melupakan mereka yang sama-sama berjuang untuk parti.

“Anda perlu berpegang pada nilai-nilai idealisme, integriti, akauntabiliti, benar dan adil,” katanya dan menurutnya beliau mahu melihat parti yang kukuh dan tidak berpecah.

PKR Sarawak ialah negeri terakhir akan mengadakan pemilihan pada 10 Nov.

Timbalan perdana menteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini selepas melakukan lawatan kerja sehari di Sarawak. – BERNAMA

Kategori