Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zuraida Secara Rasmi Dilantik...

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin kini menerajui Parti Bangsa Malaysia (PBM)...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri...

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan...

Fathia Tak Puas Hati...

PELAKON kontroversi, Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hati dan kurang senang sebaik...

Mahkamah Tolak Pengendali Laman...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari menolak permohonan difailkan pengendali laman...

PH Segerakan Tubuh Lembaga Wakaf Hindu

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempercepatkan proses penubuhan Lembaga Wakaf Hindu di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, insiden rusuhan di Kuil Maha Mariamman, Selangor menunjukkan perkara itu perlu disegerakan.

“Berdasarkan Manifesto PH, rancangan kami untuk menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu di setiap negeri.

“Kini masa terbaik ia ditubuhkan untuk memastikan keseragaman kuil-kuil di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kula Segaran yang juga Naib Presiden DAP berkata, kerajaan PH perlu melihat kepada usaha menggubal undang-undang mengenai perkara itu.


Terdahulu, beliau meminta rakyat berwaspada kemungkinan wujud tangan ghaib disebalik insiden rusuhan itu.

Dakwanya, ada pihak mengambil kesempatan meraih merit politik selepas mereka ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita ada mendengar kejadian lain di seluruh negara. Kita menggesa orang ramai menjadi bijak tentang perkara ini dan tidak jatuh dalam helah mereka,” dakwanya. – Mynewshub.tv

Kategori