Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar PT3 Maut Langgar...

JITRA - Seorang pelajar lelaki yang baru selesai menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3...

Sidek Hassan Akan Letak...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dilaporkan akan meletak...

Awas Wanita, Ambil Tahu...

BARAH terjadi hasil daripada pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, limfa dan darah yang...

Debat Terowong Dasar Laut...

GEORGE TOWN - Debat 'Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut' di Kompleks Masyarakat...

Kerajaan PH Tukar Gelas Tapi Air Tetap Kotor

CUMA tukar gelas baharu tapi airnya tetap kotor. Itu perumpamaan yang dinyatakan oleh seorang penunjuk perasaan India di Balai Polis USJ, Selangor semalam.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurut beliau umpama menukar gelas baru sahaja tetapi air yang ada di dalamnya itu tetap kotor. Sebenarnya malah “lebih kotor dan lebih kelat”.

Selepas ini sudah tentu menteri-menteri India akan ambil jalan selamat dan mendesak supaya pemindahan Kuil Sri Mariamman itu dibatalkan. Ini bermakna keputusan mahkamah akan dilanggar.

Kesimpulannya di bawah Kerajaan PH tidak ada rule of law (kedaulatan undang-undang). Kenapakah semua ini berlaku? Perumpaan di atas adalah jawapannya. Sebenarnya rakyat sudah tersalah pilih kerajaan.

Mereka terperangkap dengan keyakinan palsu (false confidence) kerana walaupun telah menukar gelas baharu tetapi dituang dengan air yang lebih kotor.

Kerajaan yang memerintah juga terperangkap dengan keyakinan palsu. Mereka yakin konon kemenangan mereka adalah genuine (asli). Sebab itu mereka gagal memberi tumpuan kepada isu pokok.

Isu pokok seperti “kesejahteraan rakyat” telah dipinggirkan. Bayangkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng jelas mengenepikan golongan petani, nelayan dan pekebun kecil.

Formula untuk mengatasi kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat langsung tidak dikemukakan. Kerajaan PH mentadbir dengan bermain isu. Antaranya sentiasas menyalahkan kerajaan lalu.


Penyelongkaran demi penyelongkaran didedahkan. Mereka lupa rakyat akan muak dengan taktik tersebut. Justeru apabila berlaku peristiwa Kuil Sri Mariamman ia menyelongkar kelemahan pentadbiran Kerajaan PH di Selangor.

Siapakah pemilik One City Development yang membeli tanah kuil tersebut? Apakah ada hanky panky? Akhirnya minggu lepas Menteri Besar (MB) Selangor umum, pemberian air percuma akan ditamatkan tahun hadapan.

Terbukti rakyat dapat air yang lebih kotor dan kelat. Kerajaan Selangor sanggup berhutang untuk membeli syarikat air SPLASH dengan harga RM2.55 bilion. Siapakah pemilik SPLASH? Mereka ialah individu kroni Kerajaan PH.

Bekas MB. Tan Sri Khalid Ibrahim tawar harga RM250 juta sahaja. Kenapa jadi RM2.55 bilion? Kenapa Guan Eng senyap. MRT 2 dibatalkan kononnya harga terlalu mahal. Inilah double standard Kerajaan PH.

Ini baru 7 bulan. Apa akan terjadi setahun atau 2 tahun akan datang? Kita bimbang air kotor, busuk dan kelat itu akan bertukar menjadi racun. Tuang segera air bersih.

Mohd Puad Zarkashi

Kategori