Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mana Hilang Kepala Dan...

BUENOS AIRES - Hanya kaki dan bola sepak tinggal selepas kepala, badan dan...

PTPTN Di Klia2 Mudahkan...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka kaunter di Lapangan...

Wanita Warga Australia Didakwa...

SEPANG - Seorang wanita warga Australia hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Majlis Angkat Sumpah Datuk...

SEPANYOL – Majlis angkat sumpah Mamen Sanchez sebagai Datuk Bandar di sebuah bandar...

Kerajaan PH Tidak Akan Ratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Media sebelum ini melaporkan isu ICERD itu mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat termasuk menteri, anggota Parlimen, badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Ada yang mengadakan demonstrasi membantah hasrat kerajaan untuk meratifikasi konvensyen itu.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan berkata sedang mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan mengenainya.


Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah agak mustahil untuk kerajaan meratifikasi ICERD kerana kerajaan memerlukan majoriti dua per tiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya meratifikasi konvensyen itu.

Kerajaan Pakatan Harapan ketika ini tidak mempunyai majoriti dua per tiga di Parlimen, tambahan pula ada anggota Parlimen PH sendiri yang tidak bersetuju kerajaan meratifikasi konvensyen tersebut. – BERNAMA

Kategori