Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Peniaga Dipenjara, Denda...

PETALING JAYA - Dua peniaga dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM3,500...

Keuntungan PMB Meningkat 300%...

KUALA LUMPUR - Pelaburan Mara Bhd. (PMB) mencatatkan peningkatan keuntungan 300 peratus sejak...

Polis Tahan Lelaki Bangladesh...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang tukang gunting warga Bangladesh yang didakwa mencabul...

Khalid Ibrahim Nafi Mahu...

BEKAS Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan khabar angin mengatakan...

Kerani Akaun Rugi RM120,000 Ditipu Macau Scam

KEPALA BATAS Seorang kerani akaun kerugian RM120,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa lelaki itu mempunyai kes jenayah serta tidak hadir perbicaraan kes di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon ketika berada di tempat kerjanya di sini minggu lepas, kononnya daripada pihak mahkamah yang meminta dia hadir untuk perbicaraan kes.

“Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Ang dan memaklumkan mangsa mempunyai kes pengubahan wang haram dan tidak hadir perbicaraan kes itu di mahkamah.

ā€œSarjan itu memberitahu mangsa yang kesnya masih dalam siasatan dan meminta tidak memaklumkan kepada sesiapa memandangkan mangsa adalah ā€˜suspekā€™ dalam kes itu serta meminta mangsa memberi kerjasama,” katanya di sini hari ini.

Katanya berikutan panik dan takut, mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat pemindahan wang daripada akaun simpanan miliknya ke akaun bank yang diberikan lelaki mengaku sebagai polis seperti diarahkan suspek berkenaan.

Noorzainy berkata mangsa juga melakukan lima transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berlainan dalam tempoh satu minggu yang membabitkan jumlah keseluruhan RM120,000.

ā€œMalah, mangsa mendakwa bertindak demikian apabila dimaklumkan bahawa kesemua wangnya untuk tujuan siasatan dan akan dipindahkan kepada Juruaudit Negara. Mangsa akhirnya menyedari dia ditipu selepas gagal menghubungi lelaki mengaku sebagai polis sebelum membuat laporan polis semalam,ā€ katanya.


Beliau berkata modus operandi yang digunakan suspek sama seperti kes lain yang berlaku di seluruh negara, namun masih ada individu yang ditipu dan terperdaya.

ā€œSehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik apabila menerima panggilan telefon seperti ini sebaliknya menghubungi polis atau pihak berkuasa untuk pengesahan,ā€ katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori