Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Judi ‘Reload’ Menular Ke...

KUCHING - Kes judi dalam talian menggunakan kaedah ‘tambah nilai’ dikesan menular ke...

36 Kaki Judi, Pencuri...

SUNGAI PETANI - Sejumlah 36 kaki judi ditahan dalam tiga serbuan berasingan oleh...

Keputusan DNAA Zahid Kekal,...

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan...

Larangan Mandi Di Kawasan...

BESUT - Aktiviti rekreasi seperti mandi-manda di semua kawasan rekreasi termasuk pantai dan...

Kerja Naik Taraf LTSAS Bermula Disember Ini

IPOH – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta untuk menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang dijangka bermula bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata kerja-kerja menaik taraf itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun hadapan, meliputi kemudahan asas penumpang selain kawasan operasi kapal terbang dan helikopter.

“Kerja-kerja menaik taraf ini dilakukan selepas kita melihat peningkatan yang berlaku khususnya merujuk kepada bilangan penumpang di LTSAS.

“Dengan lebih ramai pengunjung yang datang, kita rasa mereka tidak boleh diletakkan di lapangan terbang dengan kemudahan sedia ada sahaja, dan untuk itu kerja-kerja menaik taraf itu perlu dibuat,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Ong Boon Piow (DAP-Bercham) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini, hari ini.

Ong ingin tahu mengenai kerja menaik taraf yang akan dijalankan khususnya bagi menjamin keselesaan penumpang yang menggunakan perkhidmatan di LTSAS.

Tan berkata kerajaan negeri juga sedang giat melakukan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan dalam dan luar negara untuk mewujudkan lebih banyak destinasi penerbangan ke Ipoh, sekali gus mampu meningkatkan lagi kedatangan pelancong.


Menjawab soalan tambahan Datuk Aznel Ibrahim (BN-Pengkalan Hulu) berkaitan pembangunan pelancongan di kawasannya, Tan berkata perkara itu akan diberikan diberi perhatian memandangkan Pengkalan Hulu bersempadan dengan Thailand.

Beliau berkata pembangunan bandar secara sistematik di kawasan itu dilihat berpotensi untuk menarik kedatangan pengunjung, terutamanya pelancong asing.

“Ditambah pula dengan kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Betong, Thailand yang akan siap sepenuhnya pada hujung tahun depan, kita fikir peluang ini harus digunakan untuk menarik pelancong luar datang ke Pengkalan Hulu,” katanya. – BERNAMA

Kategori