Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hampir 300,000 Rakyat Kelantan...

BACHOK - Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental...

9 Maut, 10 Parah...

CALABAR (Nigeria) – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 10 parah apabila sebuah tangki gas...

Anak Mami Beri ‘Warning’...

SEORANG pengguna laman Facebook; Farah Elmo menjadi sensasi di laman sosial gara-gara video...

Sasar 65,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah...

Kertas Putih Pengurusan Felda Dibentang Disember Ini

SHAH ALAM – Kerajaan akan membentangkan kertas putih pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang ‘curang’ dan tidak bertanggungjawab, Disember ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang yang melampaui batas iaitu melebihi RM8 bilion.

Kertas Putih lazimnya dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, yang sesi persidangannya kali ini berlangsung sehingga 11 Dis.

Mohamed Azmin berkata permasalahan peneroka Felda menjadi agenda utama kerajaan persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan mereka tidak terus menanggung bebanan kos sara hidup terlalu tinggi.

“Ada perwakilan bangkitkan soal Felda, saya mewakili parti Keadilan dan kerajaan menegaskan masalah peneroka Felda menjadi agenda utama kerajaan hari ini demi membela nasib mereka,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini.

Selain itu, katanya pembangunan di negeri-negeri yang ketinggalan juga menjadi fokus kerajaan tidak kira negeri berkenaan di bawah kerajaan PH atau pembangkang.

“Saudara Rafizi (Mohd Rafizi Ramli) ada ingatkan supaya negeri-negeri yang ketinggalan diberi perhatian. Dalam menggubal kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11, setelah berbincang kita setuju enam negeri diberi keutamaan. KIita juga bersetuju Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam pembangunan negara,” katanya.

Mohamed Azmin melahirkan keyakinan PH akan merampas Sarawak daripada kerajaan BN pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Kali terakhir pilihan raya negeri Sarawak adalah pada Mei 2016.


“Di Sarawak kami akan hadapi ujian dalam pilihan raya negeri dalam masa terdekat. Pastikan kerja kuat angkat martabat Keadilan di negeri dan daerah, jaga mereka, santuni mereka. Ayuh kita berkampung di Sarawak, kalau kita boleh memang di Sabah, menang di Johor, menang di Melaka, saya yakin kita boleh menang di Sarawak,” katanya.

Menyentuh agenda reformasi, Mohamed Azmin menegaskan agenda reformasi dalam PKR bukan sekadar slogan jalanan lagi sebaliknya perlu diterjemahkan dalam tindakan dan agenda kerajaan yang mentadbir negara.

“Ia amanah saya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, kita memastikan agenda reformasi, manifesto kerajaan PH kita muatkan dalam kajian separuh penggal, boleh teliti dokumen tersebut. Alhamdulilah,” katanya.

Sementara itu, pemimpin juga diingatkan tidak tunduk pada tekanan sekelompok kecil yang membangkitkan isu lain yang bukan menjadi agenda kerajaan.

“Jangan kita tunduk kuasa-kuasa besar nak ajar kita, dalam isu ICERD, kita nak beritahu kita tak perlu tergesa-gesa meratifikasi kerana dalam Keadilan kita lebih awal ambil tindakan supaya semua kaum mendapat kesaksamaan keadilan ekonomi dalam negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori