Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bagaimana Negara Bayar Hutang...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kerajaan membuat...

Gara Gara Kawan ‘Tak...

RUSIA - Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila dia bergelumang dalam najisnya sendiri...

Brunei Mansuh Siaran Analog,...

BANDAR SERI BEGAWAN – Selepas Malaysia mula melancarkan penyiaran teresterial digital secara rasmi...

Beban Tugas Guru Dikaji...

KEPALA BATAS - Kementerian Pendidikan sedang menganalisis beban tugas guru terutama dalam melaksanakan...

Kes Denggi Di Putrajaya Turun 38 Peratus Berbanding 2017

PUTRAJAYA – Kes denggi di Putrajaya sehingga Oktober lepas mencatatkan penurunan sebanyak 38 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, sehingga Oktober 2018, sebanyak 327 kes denggi dicatatkan di Putrajaya berbanding 526 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Dalam menjaga kebersihan bagi membendung masalah denggi, budaya gotong-royong perlu dihidupkan semula terutamanya di kediaman berstrata seperti pangsapuri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-royong Mega Putrajaya 2018 di pangsapuri Fasa 4, Presint 9 di sini hari ini.

Tambah Khalid, aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perumahan boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bergantung kepada waktu yang ditetapkan oleh pihak yang terlibat.

Merujuk kepada kes denggi di lokasi gotong-royong hari ini iaitu pangsapuri Fasa 4, Presint 9 di sini beliau berkata, sebanyak 14 kes denggi dicatatkan dengan satu lokaliti hot spot.

“Punca yang dikenal pasti adalah sampah dan kelemahan penjagaan kebersihan persekitaran serta di dalam rumah sehingga menjadi punca pembiakan jentik-jentik,” katanya lagi.


Ditanya mengenai isu bas Nadi Putra yang beroperasi di Putrajaya, Khalid berkata, pihak pengurusan Nadi Putra telah bertemu dengan Perbadanan Putrajaya dan beliau sendiri, berhubung cabaran yang mereka hadapi untuk mengekalkan harga tambang pada kadar 50 sen.

Katanya, pihak Nadi Putra akan menerima subsidi namun jumlahnya bukanlah sama dengan jumlah yang dipohon. – BERNAMA

Kategori